Hadiah Giveaway Road To 3M by Mamapp Sudah Diterima

by - Tuesday, September 14, 2021

 Assalamualaikum,

Bulan 7 haritu aku ada join giveaway mamapp. Dan pengumuman pemenang pun dah diumumkan dalam bulan Ogos haritu. Disebabkan aku pun sibuk sangat sampai tak sempat nak jenguk blog lain sampaikan tak perasan yang aku merupakan salah seorang pemenang giveaway. Blog Mamapp

Tahniah untuk pemenang yang lain juga

Orang yang komen dekat posting aku pun tak semuanya masuk ke email kenapa tah. Jadi, dekat sebulan baru aku sedar yang aku menang giveaway ni. Itu pun bila mamapp sendiri dm aku kat Instagram. Maaf kak sebab tak perasan sangat :') Padahal sebelum ni selalu je jenguk blog mamapp sebab nak capture nombor bertuah walaupun tak pernah pun dapat haha. 


Hari Rabu lepas mamapp dm kat IG. Lepastu, hari Jumaat mamapp dah pos. Semalam dah sampai! Cepat jugak eh poslaju pun sekarang ni hehe. Semalam dah sampai rumah, tapi semalam takda kat rumah. Harini baru sempat nak pickup dekat pejabat pos.


Isi parcel tuu dapat inPods 12 dan mask headloop warna hitam oleh Karangkraf. 



Sebabkan aku orang terakhir yang bagi details kat mamapp, aku dapat random je warna. Walaupun aku ada je warna pilihan aku hehe. Nak sangat warna biru/hitam. Eh tiba-tiba dapat warna biru muda. Memang rezeki. 


Dah cuba pakai dengan iphone aku sekarang ni. Elok! Tak sangka sound pun sedap je bunyi. Cuma kalau jauh sikit dengan phone tu, dia jadi terputus-putus sikit. Overall, best! Sebelum ni ada je dalam cart shopee, cuma risau kalau tak elok ke tak boleh connect dengan iphone ke kan. 

Terima kasih mamapp. Moga murah rezeki selalu! 


You May Also Like

4 comments