SURPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

by - 8:58:00 PM


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini aku nak sertai giveaway dari Aienienka. Giveaway berlangsung dari 2/9/2021 hingga 22/9/2021. Dari tajuk giveaway pun, hadiahnya mestilah SURPRISEEE jugak. Hehe surprise box untuk dimenangi.

Nak cerita surprise pun tak dapat nak cerita banyak, sebab tak pernah dapat surprise apa-apa pun waktu birthday ke. Haha waktu birthday tu memang dekat kawan-kawan aku tu akan seribu kali akan remind diorang dari seminggu sebelum tarikh birthday aku lagi haha. 

Tapi nak cerita juga berkenaan surprise yang paling best dan aku rasa terkejut jugaklah. Cerita ni zaman dolu-dolu lepas SPM. Syukur keputusan SPM aku dulu elok juga. Dan banyak apply peluang apa-apa kat google lepas keputusan tu. 

Satu hari, aku dapat satu panggilan dari Private Number. Pertama kali tu tak dijawab sebab tengah bekerja lepas SPM tu. Waktu rehat, kita angkat la. Rupa-rupanya, ERA FM yang call. Memang surprise teruk la haha. Diorang panggil untuk jemputan ke segmen Johara Pagi Era. Dan itu first time aku jumpa artis dekat-dekat sambil sembang sambil dirakam masuk radio haha. Lagi bertambah surprise, aku dihadiahkan sebuah Macbook Air. Fuh! 

Macbook kot! Siapa je tak terkejut. Malangnya, dulu aku pakai ganas sangat sampai rosak dan kos baiki pun ribu-riban haha lepastu kakak aku volunteer ambil dan bawak pi repair dan masih elok diguna hingga sekarang.


You May Also Like

9 comments

  1. wahh,, best sangat tu pakej sekali dapat jumpa artis2..

    ReplyDelete
  2. waahhh, ini betul2 suprise dpat sembang ngan artis dan dapat Macbook!

    oh ,btw.. All the best. :)

    ReplyDelete
  3. Wah, memang betul-betul surprise tu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya singgah di sini dari GA yang sama.. Best of luck to you dan semoga ada rezeki.. Seronok dapat suprise sebegitu kan..

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  5. Perhhhh ni surprise paling surprise setakat ni. Bukan kaleng2 ya

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  6. wow bukan alang-alang surprise dia hahaha...
    All the best for segmen

    ReplyDelete
  7. Wahh itu memang betul betul surprise tu! Best tu dapat panggilan dari Erafm! :D

    Btw, datang dari segmen yang sama ;)

    https://www.amazingdistance.com/2021/09/surprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete