Cuba Marshall's Co Burger

by - Sunday, August 29, 2021

 Musim PKP sekarang ni, walaupun ada kedai yang dah membenarkan khidmat makan di kedai (dine-in) bagi yang dah selesai dua dos vaksin tapi agak berisiko lah sebab kes masih banyak lagi. Jadi, bab makanan ni kalau teringin apa-apa memang Foodpanda atau Grabfood sahaja pilihan utama sebab malas nak keluar dan bersesak.

Semalam aku teringin burger. Nak order McDonald's tapi dah beli minggu lepas jadi kita cari kedai burger yang dekat-dekat sebab nak jimat caj penghantaran. Selepas buat kira-kira dengan adanya kod promosi 30% diskaun dengan kod BokBok di Grabfood, aku ambil keputusan untuk cuba burger dari Marshall's Co.

Kredit: Google. Sebab aku pun order Grabfood je.

Disebabkan tak pernah cuba, memang kena buat research sikit lah dekat Google. Sebab kawasan rumah aku ni banyak juga kedai Non-Halal, jadi risau sikit dan memang kena pastikan kesahihan Halal ke tak dulu dekat Google. Rupanya Marshall's Co ni berkongsi kedai dengan US Pizza di Raja Uda, Penang. Tak pasti pula memang sama syarikat ke apa. Dan memang dijamin halal.


Untuk makan seorang, aku decide untuk pesan Set A. Yang mana ada Burger, Fries dan Air. Sebabkan aku taknak tambah apa-apa daripada harga yang aku nampak, aku pesan yang tak perlukan caj tambahan sahaja, iaitu Air American Ice Tea dan Burger Ayam.


Dari segi portion, memang mengenyangkan. Fries dia banyak giler. Cuma Fries dia tak ada yang istimewa macam fries yang boleh digoreng di rumah. Burger dia memang terbaik! Didatangi dengan ayam goreng rangup, caramelised onion, sos masam manis, tomato ceri dan salad. Memang penuh lah isi dia. Pilihan air pula aku ambil air ice tea sahaja. Dipek dalam botol air lebih kurang 400ml camtu. Minum dengan ais lagi padu sebab agak manis.


Harga pula sebenarnya agak mahal bagi aku. RM28 untuk Set A yang aku beli tu. Harga lebih mahal sikit dari McD tapi dengan portion yang padu, bagi aku berbaloi ja! Aku beli dengan promo code jadi RM23 termasuk penghantaran


Akan ulang lagi tak? Mungkin, kalau ada promosi lagi. Kalau takda promosi, mungkin ya mungkin tidak. Haha susah nak decide. Maybe sebab menaip ni pun waktu tengah kenyang :D

Untuk keterangan lanjut, boleh lawati website rasmi diorang https://mymarshalls.my/

You May Also Like

2 comments

  1. Kalau range harga macam tu, memang beli masa ada promo jelah kan.

    ReplyDelete
  2. Kuantiti banyak setanding harga amat berbaloi beli tp kalau kuantiti sedikit rasa macam tak berbaloi pulak beli kan . Tapi kalau sesekali tak ada masalah

    ReplyDelete