Cara Pengibaran Bendera Malaysia Yang Betul

by - Saturday, August 28, 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sedar tak sedar dah nak dekat 31 Ogos dah. Tahun ni dah tahun ke-64 dah negara Malaysia menyambut ulang tahun hari kemerdekaan.

Info asas Hari Kemerdekaan umum semua tahu. Jadi, harini aku nak kongsikan info yang aku baru tahu hasil daripada scroll Facebook, iaitu Cara yang betul untuk mengibar bendera Malaysia. Sebelum tu, bendera Malaysia kita namanya JALUR GEMILANG ye kalau terlupa hehe

(Kredit: potongan akhbar Sinar Harian dua tahun lepas)

Sekarang kan di mana-mana ramai yang tak lepaskan peluang untuk menghidupkan semangat patriotisme dengan mengibar Jalur Gemilang di kawasan rumah, pejabat dan kereta. Tapi hal begini kena la juga ambil tahu. 

Kalau macam kibar bendera di kereta, yang bersaiz biasa, kita ikut seperti mana asalnya Jalur Gemilang itu sendiri. Namun kalau bendera tersebut digantung secara menegak, susunan bendera juga agak berbeza. 

Aku pun baru sedar perihal ini. Sebelum ni kadang-kadang tu tak endahkan sangat. Jadi, jom ubah bendera kita tu hehe. Yang tak gantungkan bendera lagi tu, jom start gantung. Kedai RM2 pun berlambak dijual. Murah pun murah hehe. 


You May Also Like

2 comments

  1. thanks for sharing. Now I know the correct way to hoist our national flag...

    ReplyDelete