Salam Maal Hijrah 1443H

by - Tuesday, August 10, 2021

 Assalamualaikum,

Setelah beberapa ketika tidak bersua. Tiba-tiba sudah tiba tahun baharu Hijriah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup lagi dan sihat sejahtera.


Banyak perkara suka duka telah berlaku di sekeliling kita. Semalam, pemergian penyanyi Siti Sarah akibat virus jahat COVID-19 telah mendukakan seluruh Malaysia. Tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat Shuib mahupun anak-anak beliau. Salam Takziah buat ahli keluarga beliau. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Namun, kehidupan kita perlu diteruskan. Selagi memiliki kudrat kesihatan dan kekuatan, jagalah SOP dan kurangkan aktiviti kurang berfaedah. Tahun baru, azam baru. Ayuh, tanam azam baru untuk tahun Islam ni. InsyaAllah di tahun baharu ini, semoga kehidupan kita juga terus diberkati dan diredhai. 

Hujan tak sentiasa hujan. Panas kan tiba, pelangi diiringi. Jika hari ini engkau berduka, percayalah akan kebahagiaan hari esok oleh Yang Esa. 



Satu Muharram aku, tadi kena saman sebab parkir motosikal bukan dekat tempat yang sepatutnya. Pertama kali kena saman huhu. Mungkin ada hikmah untuk terus berhemah dalam kehidupan.

Pada sudut suka, Alhamdulillah tarikh vaksinasi aku pun baru dapat. Dapat dibawah syarikat pada hari Ahad ini. Semoga yang baik-baik sahaja. 

Yang penting, jangan lelah percaya bahawa Tuhan itu ada. Ada untuk diri kita, dia dan mereka. 

p/s: Acah-acah puitis sekejap sebab baru habis baca buku puisi haha.

You May Also Like

5 comments

  1. itulah...dengar lagu yang pernah jadi siulan zaman kecil dulu terasa sayu pulak. Sandarkan pada kenangan...

    Salam maal hijrah ^_^

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah.. menarik blog ni..teruskan menulis dan moga memberi manfaat kepada ramai,,

    jemput2 la ke blog sy http://akmalishak.blogspot.com dan blh komen dan juga follow jika sudi, tksh

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah..betul tu besar dugaan shuib

    ReplyDelete
  4. Salam maal hijrah. Tahniah aiman
    http://www.mamapipie.com/2021/08/pengumuman-pemenang-kategori-2-road-to.html?m=1

    ReplyDelete