Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau (Long Sand Beach)

by - 10:03:00 PM

 Assalamualaikum,

Hari ini Ahad (3/10), kami sekeluarga pergi melawat ke Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang. Disebabkan kami dah biasa pergi ke kawasan pantai belah Batu Feringghi, Teluk Bahang dan Tanjung Bungah, jadi kami pergi ke tempat yang lain sikit. Sedia maklum, kawasan tumpuan ini mesti ramai punya lagi-lagi hari hujung minggu. 

Tetapi, Long Sand Beach ni pun sebenarnya ramai orang jugak. Pantai ni tak seluas pantai lain. Kawasan pantai ni pun memang jauh dari pembangunan, dalam kawasan kampung gitu. Bersebelahan dengan Kem Bina Negara. Laluan ke pantai ni agak mencabar, naik turun bukit. 

Pandang kiri kanan memang alam semulajadi. Pergi pula hari cuti, memang sepanjang perjalanan tu akan jumpa ramai penunggang basikal. Memang kawasan tumpuan jugak ni.


Dari segi air laut, bagi aku lebih bersih dari kawasan tumpuan seperti Batu Feringghi. Tapi tidaklah bersih sangat pun. Selain untuk bermandi manda, ramai juga yang memancing dekat kawasan tu. Kawasan nak mandi manda tu pun sebenarnya tak sesuai sangat nak pergi jauh-jauh sebab memang dalam. 


Kawasan kami berkelah ni pun tiga kali pindah randah sebab air laut cepat sangat pasang. Tak sempat nak feeling-feeling makan-makan semua. Pro tips kalau datang sini, Jangan berkelah dekat bahagian bawah. Kalau nak berkelah lama sikit, kena jalan sikit lah, duduk bahagian atas sikit. Haha


Sepanjang perjalanan ke pantai tu, akan nampak perkampungan nelayan juga! Boleh la singgah beli ikan udang yang segar-segar dengan harga murah. Emak aku beli ikan duri 6 ekor RM3 ja. Murah! Fresh pulak tu.


Beberapa info kalau nak pergi Long Sand Beach ni, penting tau:

  1. Bagi pengguna Maxis seperti aku, jangan harap nak upload IG story setiap lima minit sebab line hilang terus! Haha. Family time la gituu. Adik beradik lain pakai Celcom, line ada tapi tak stabil. 

  2. Kawasan pantai ni masih baru, jadi, tiada tandas untuk salin baju atau buang air ye. Tadi waktu pergi macam ada signboard tapi berkunci. Mungkin tandas tu masih dalam pembaikan ke tak pasti pulak.

  3. Untuk ke pantai ni, korang boleh guna Google Maps je. Search je Long Sand Beach. Memang ada. 

  4. Bila dah makan-makan kat pantai ni, tolonglah bawak balik sampah tu. Janganlah cemarkan pantai kita. 

Itu saja kot perkongsian kali ni, stress kerja aku semua hilang terus lepas mandi air laut ni haha. Orang Penang boleh la singgah sini, tapi jangan dok buat ramai lak haha. SOP jaga selalu naa. 

You May Also Like

0 comments