Review Zinger Double Down KFC

by - Monday, October 04, 2021

 Hai gais

Zinger Double Down kembali lagi. Sebelum ni punya version pun aku dah pernah cuba dah dulu. Saja nak cuba lagi sebab memang antara produk bermusim KFC yang aku gemar. Tanpa roti, memang isi ayam sahaja atas bawah. Peh memang kenyang kalau makan ini saja.


Lepas nampak iklan comeback Double Down ni, terus cari kat Grab Food. Kebetulan ada kod promosi 'HOTDEALSGF' dan dapat potongan 50% bagi pembelian minimum RM25. Jadi, aku pun order Zinger Double Down Box Meal.

Double Down ni ada dua versi, dengan keju mozarella (Cheezilla) dan tanpa mozarella. Sebab Cheezilla tu macam mahal sikit, aku ambil yang biasa saja. 

Aku syak kentang putar habis, jadi dia tukar dengan fries

Untuk Box Meal ni, kita akan dapat Zinger Double Down, seketul ayam, kentang putar dan air. Harga satu kotak tu dekat Grab RM23.99. Mungkin lebih murah kalau walk in ke kedai. Kalau aku tak tambah apa-apa, memang kena bayar RM24 tu lah sebab tak sampai nilai minimum untuk gunakan promo code tu. Jadi, aku cuma tukar air ke air Tropicana Twister (kena tambah RM1.60) dan jumlah harga jadilah RM25.60. Dengan promo code, ditolak RM12.50, aku cuma bayar RM15.29 sekali dengan penghantaran RM2.00.


Keseluruhannya, rasa sama je dengan yang dulu punya versi. Masih sedap. Sos cheese dia pun melimpah-limpah. 


Yang spoiled sikit, dah sampai beberapa gigitan akhir, ada bahagian ayam yang tak cukup masak. Nasib baik portion besar jugak dan aku pun dah kenyang dengan ayam seketul dan fries lagi. Apa-apa pun, aku puas hati dengan rasa dan harga semua. Kecuali part yang tak masak dengan sempurna itu saja lah.


Kesimpulannya, aku suka. Cuma lepas ni kalau nak beli lagi, mungkin kena beli awal sikit sebab yang ini aku order pukul 9 malam dekat nak tutup dah kedai. Kesegarannya pun dah berkurangan.

Rasa 8/10. Harga 7/10. Servis 8/10. Pembungkusan 8.5/10. Faktor penolak (Kurang Masak) -3. Keseluruhan: 7/10. Lepas ni nak cuba salted egg tu pulak.


You May Also Like

5 comments

  1. Kerana post ni, esok aku beli jugak haha

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah cuba double down ni. Memang sedap.

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi zinger double down. nampak sedap macam nak try juga satu..hehe

    ReplyDelete
  4. ala..lambat baca blog awak. br je order nandos ni. agak2 aci tak malam ni ajak family dinner kfc je?

    ReplyDelete