Hujung Minggu di Pulau Aman, Pulau Pinang

by - Wednesday, November 17, 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Ahad lepas (14 November), satu famili aku pergi ke Pulau Aman demi mencari makanan laut segar dari laut dengan vibe tepi laut haha. 


Okey, bagi yang tak tahu, Pulau Aman ni sebuah pulau kecil di Pulau Pinang. Satu-satunya cara untuk ke Pulau Aman ni dengan menaiki bot dari Jeti di Batu Kawan. Kiranya tak perlu merentas ke belah pulau (island), sebab Pulau Aman ni terletak di sebelah Seberang Perai Selatan ja.


Disebabkan aku datang hari Ahad, memang ramai giler orang datang weh. Tapi tak la sesak ke apa. Cuma untuk nak parking kereta tu agak jauh sikit la nak ke jeti. Dekat kawasan jeti, ada je orang berniaga makanan. Kalau taknak sesak, boleh cuba makan kat situ. Aku tak pernah lagi makan kat jeti ni.


Sebelum naik bot, dekat jeti tu banyak sikit monyet. Hati-hati sikit kalau bawak makanan tu. Anjing pun banyak, tapi anjing kat sini behave je. Tak ada lagi yang nak kejar ke apa.


Sampai je kat hujung jeti, nanti akan ada orang jaga kat situ. Diorang akan suruh scan mysejahtera dan nak tengok bukti fully vaccinated tu. Sebab katanya kadang-kadang polis ada buat rondaan, jadi kalau kau tak vaksin tapi ada kat situ, tak pasal-pasal kena saman. 


Harga tiket seperti yang tertera dalam gambar kat atas ni. RM8 untuk dewasa, pergi dan balik. Dan kanak-kanak RM4. Kalau kanak-kanak 6 tahun ke bawah, percuma! Dekat situ korang boleh tengok jugak waktu operasi bot tu. Mulai jam 8 pagi dan trip terakhir pukul 7 petang. Malam-malam memang bot tak jalan ye. 


Bayaran untuk bot tu akan dikenakan selepas korang sampai di Pulau Aman tu. Kiranya sampai ke jeti Pulau Aman tu baru disediakan booth tiket dan selesaikan proses pembayaran. 



Setibanya aku dekat Pulau Aman tu, kami ronda-ronda dulu di perkampungan di situ. Seperti kampung biasa, ada masjid, ada sekolah dan rumah-rumah kampung biasa. Makanan yang popular di situ selain seafood, ada jugak mi udang yang sememangnya padu dan segar. 

Kalau korang nak bermalam di situ, juga terdapat banyak chalet yang disediakan. Anggaran harga sebuah chalet untuk satu malam dalam RM150-RM200. 

Selesai buat rondaan separuh jalan, kami survey beberapa restoran di situ. Sebelum ni kami makan di restoran yang betul-betul lepas sampai di jeti tu, tapi kami nak cuba restoran lain jugak, kot-kot lagi berpatutan. Tetapi, setelah dinilai, restoran depan jeti ni jugak la yang paling mesra rakyat dan berpatutan. 


Selepas pilih ikan daripada akuarium diorang, dalam sejam macam tu, terhidanglah makanan kitorang. Tak sempat nak tangkap gambar semua, tetapi yang wajib cuba adalah siakap 3 rasa! Padu beb! 

Antara makanan yang kami pesan: Nasi putih, ikan siakap 3 rasa (2 ekor), ikan siakap stim (1 ekor), telur dadar (3 biji), sayur goreng, kerang bakar, makanan semua ni dengan minuman untuk 9 orang dewasa dengan 6 orang kanak-kanak, jumlah harga cuma RM282 sahaja. Berbaloi bagi aku. Yang penting tak cekik darah ye siakap kat sini hahaha

Selesai makan, kami pergi solat Zuhur dahulu dan seterusnya pergi island tour macam gitu. Island tour tu korang kena tanya sendiri abang-abang yang bawak bot tu. Untuk island tour tu bayarannya RM200. Kami dibawak pusing sehingga bawah jambatan kedua. Lepastu pusing-pusing Pulau Aman. Untuk tangkap gambar dan feeling-feeling hilang stress, sangat recommended! Abang bot tu pun friendly. 

Habis island tour, bot memang akan turunkan kitorang di Batu Kawan terus. Jadi, tak perlu la nak tukar bot dah. 


Selesai di Pulau Aman, pergi Ikea Batu Kawan pulak. Dalam 5-10 minit dah sampai dari jeti. Sekian.


You May Also Like

0 comments