Selesai Bayar Saman Trafik Melalui Aplikasi Jer

by - Tuesday, December 14, 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama rasanya tak update apa-apa kat sini. Kisahnya nak update jugakla harini setelah selesai bayar saman guna aplikasi MyBayar Saman 



Sebenarnya tak terkejut pun waktu mula-mula semak tu sebab dah dapat surat layang dekat motor haritu lepas parking depan mall. Ingatkan situ tempat parking sebab berderet motor parking, tengok-tengok semua motor kat situ pun sama dapat surat layang jugak haha.

Saman tu dikeluarkan bulan 8 haritu. Dah lama nak pergi bayar tapi buat rilek dulu haha lepastu keluar pulak berita kata ada diskaun, aku pun terus cek nak tengok berapa ringgit samannya tu. Rupanya RM50 sahaja. Selepas diskaun ni, kena bayar RM30 sahaja. Okeylah tu kurang RM20, boleh buat beli starbucks hehe


Aku install apps tu dari hari Sabtu lagi tapi asyik connection failed je sampai dah give up. Tiber tempoh diskaun dilanjutkan sehingga 15/12 esok (Rabu). Hari Isnin terus cuba, dari mula nak daftar pun lama ye gais. Asyik lost connection, pastu nak set password pun berjam-jam sebab ada beberapa kriteria kena ikut. Aku dah ikut semua kriteria tu rupanya kena tambah nombor jugak dalam kata laluan tu. Baru boleh.


Dah selesai daftar, terus cek. Alhamdulillah ada satu saman tu je. Lepastu terus bayar lah. Proses nak bayar ni nasib baik agak cepat. Dalam 5 minit dah siap! Aku guna Online Banking


Dah siap bayar apa semua tu, total outstanding summon(s) yang sebelum ni ada 1 tu dah menjadi 0. Yeay rekod dah bersih balik haha. Jangan risau, aku tak pernah lagi nak kena speed trap sebab aku memang tunggang motor dengan cermat haha *angkat bakul*.

Okey dah. Saman korang banyak mana tuu?

You May Also Like

1 comments

  1. tu la..abam kie pun dpt surat layang. dah 4x kena speed trap di tempat yg sama. padahal lebih 10km/j je. had laju 60. abe kie bawa 70. geram tul. dasar pak polisi nak cari wang mudah!

    ReplyDelete