Drama Korea: Happiness (2021)

by - Wednesday, May 11, 2022



Drama: Happiness

Hangul: 해피니스

Pengarah: Ahn Gil-Ho

Network: tvN, TVING, Netflix, iQiyi

Jumlah Episod: 12

Tarikh Tayangan: 5 November - 11 December 2021

Genre: Thriller

Barisan Pelakon: Han Hyo-Joo, Park Hyung-sik, Jo Woo-jin.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan wabak 'Mad Human Diseases' yang berlaku di Korea Selatan. Wabak ini seakan-akan zombie, namun masih dapat dikawal dan dibendung oleh pesakit itu sendiri. Watak utama dalam drama ini merupakan Sae-Bom (Han Hyo-joo) dan Yi-hyun (Park Hyung-sik). Mereka berdua merupakan anggota polis tetapi berbeza pangkat dan tempat kerja. Sae-bom lebih kepada skuad polis  khas di SOU (Special Operation Unit) manakala Yi-hyun pula detektif di balai polis. 

Mereka berdua menjadi saksi kejadian pertama yang baru saja muncul. Sae-bom menjumpai kes pertama di tempat latihan kerjanya iaitu juniornya sendiri yang tiba-tiba berubah menjadi zombi dan menerkam manusia. Yihyun pula menjumpai kes pertama apabila mendapat laporan berkenaan satu kes pembunuhan pemilik motel oleh pelanggannya. Ketika Sae-bom menghentikan juniornya, dia juga dicakar di tangannya lalu terus dikuarantin. Di pusat kuarantin tersebut, Sae-bom diperiksa dari segala jenis ujian darah dan mereka mengesahkan Sae-bom tidak dijangkiti oleh wabak tersebut. 


Bagi mendapatkan kediaman percuma, Sae-bom terpaksa mengajak Yi-hyun, yang juga merupakan rakan baik sejak zaman sekolah untuk berpura-pura berkahwin dan berpindah ke rumah apartment baharu. Di perumahan tersebut, terdapat juga kes yang dikesan dan ia merupakan jiran rumah atas mereka. Lalu, kerajaan mereka mengarahkan seluruh kawasan apartment tersebut untuk dikuarantin dan diletak penghadang yang menghalang sebarang aktiviti keluar masuk berlaku. 



Setelah dikaji, kawasan perumahan tersebut merupakan salah satu punca kes berleluasa iaitu berpunca dari sebuah ubat/dadah yang bernama "NEXT". Dadah tersebut asalnya untuk merawat penyakit 'pneumonia' tetapi tidak berkesan lalu mereka menyebarkan secara haram dengan tujuan mampu menambah stamina dan kekal bertenaga. 


Apabila perintah kuarantin dilaksanakan, pada hari kedua dan seterusnya, semakin ramai manusia normal yang berubah menjadi 'zombi'. Sejak itu, bermula pelbagai konflik dalam menangani krisis. Konflik dalaman dan luaran. Pengkhianatan juga kerap berlaku sehingga daripada ramai manusia yang normal menjadi semakin berkurangan dalam kawasan tersebut. Krisis dari pihak kerajaan apabila memotong bekalan tenaga elektrik dan air sehingga menyebabkan hubungan di dalam perumahan tersebut terputus terus dengan dunia luar. 

Nak tahu krisis yang serba-serbi menyakitkan hati tu, silalah tonton drama ini ya hahaha. Boleh tonton dekat Netflix atau iQiyi!

Pendapat Peribadi

Bagi aku, perkembangan cerita yang agak menarik! Permulaan drama memang best sangat sehinggalah plot yang sama berulang-ulang. Penduduk masing-masing  buat perangai 'selfish' yang sama sehingga satu-satu isu yang kecil boleh diperbesarkan. Dan yang paling aku tak puas hati, kenapa doktor dan 'ketua' bangunan yang 'selfish' tu tak mati? Haha. 


Selain tu, 'ending' dia macam tergesa-gesa. Tiba-tiba dah setahun kemudian. Yi-hyun yang tengah nazak nak mati pun tiba-tiba sihat elok ja setahun kemudian. Proses menghasilkan antibodi/vaksin tu macam tak diceritakan pun. Tiba-tiba kehidupan jadi normal balik. Itu la yang bagi aku rasa macam kurang perasa sedikit. Secara keseluruhannya yang mendorong aku habiskan drama ni dalam masa dua hari cuti adalah lakonan mantap dari hero dan heroin. Gandingan yang mantap!

Recommended. 8/10.

You May Also Like

4 comments

  1. cerita ni memang dalam pemerhatian untuk ditonton... tapi itulah, kalau time sibuk ni start tengok drama korea memang hancur segala perancangan...

    ReplyDelete
  2. Cite ni best tp lepas tu makin stress gadap perangai manusia dlm drama ni..

    ReplyDelete
  3. aritu tgk preview je..tak de masa nak tgk

    ReplyDelete