Aktiviti 2 Hari 1 Malam Di Hatyai, Thailand

by - Saturday, July 08, 2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah lepas seminggu dapat passport terus pergi Hatyai ya. Tempat 'hot' rakyat Malaysia sekarang ni, sentiasa penuh dengan orang Malaysia. Hatyai ni aku rasa satu tempat yang sangat mesra poket, senang cari makanan halal dan agak senang untuk berkomunikasi di sini.



Disebabkan ini pertama kali aku keluar dari Malaysia, aku tak berani la nak solo travel lagi. So, aku pergi dengan emak aku, totally public transport dan jalan kaki sahaja. Syukur emak masih kuat nak jalan-jalan kaki ni walaupun usia dah 63 tahun ni. 



Dari Butterworth, kami naik komuter ke Padang Besar. Sebelum nak ke stesen tu, aku sarankan semak jadual perjalanan KTM tu dulu di website KTMB supaya jimat masa menunggu. Perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar ambil masa dalam 1 jam 50 minit. Kami sampai ke Hatyai dalam pukul 10.30 macam tu, dan tren dari Padang Besar ke Hatyai cuma ada pukul 9.55 pagi sahaja (waktu Malaysia) dan 4 petang nanti. Tapi ada alternatif lain iaitu naik VIP minivan yang mana akan dihantar terus ke hotel korang.

Di Padang Besar, kami terus ke booth minivan tu, ye walk-in je. Bayar RM30 seorang dan isi white card untuk kegunaan di Imigresen Thailand nanti. Stesen KTM ke ICQS Padang Besar tak jauh mana, dalam 5 minit dah sampai. Di ICQS nanti perlu lalu dua imigresen, iaitu Imigresen Malaysia dan Thailand. Di situ tak ambil masa lama pun, sebab tak ramai sangat walaupun hari Sabtu. Dalam 10-15 minit dah siap dah untuk semua penumpang dalam van tu. Mungkin sebab waktu kami sampai tu tak ramai orang, van pun dalam 3 buah je.



Siap je semua urusan imigresen, van tersebut teruskan perjalanan ke hotel penumpang-penumpang dalam tu. Perjalanan dari border ke Hatyai dalam sejam. Banyak ye traffic light kat Hatyai ni, itu yang buat perjalanan jadi lama tu tapi pemandu dekat sini tenang belaka tak seperti di Malaysia. Penunggang motorsikal pun tak pakai helmet (tak pasti dengan peraturan jalan raya dekat Thailand macam mana).

muka stress lepas tahu harga Grab 2 kali ganda murah dari tuktuk dan lagi sejuk hahaha

Disebabkan masih awal untuk check in, kami minta pemandu van untuk turunkan kami di Lee Garden. Dekat situ ada banyak kedai-kedai makan tapi kena pandai cari lah yang mana murah dan sedap dan Halal. Kami pun tak pasti yang mana yang penuhi kriteria tu sebab kami pun main redah je. Dekat Lee Garden, kami cuma pusing-pusing je tanpa beli apa-apa. Dekat luar tu banyak Tuk Tuk yang menunggu, saranan aku kalau pergi kurang dari 4 org, lebih baik naik Grab sebab jauh lagi murah. Tetapi untuk merasakan pengalaman naik tu, kami pun naik la. Menyesal sikit sebab panas weh naik tengahari dengan banyak traffic light lagi. 

dalam satu kawasan hotel ada 3 lagi hotel sub dia

Kami menginap di TTT Hotel yang mana dekat jugak dengan Asean Night Bazaar tapi ke dalam sikit. Dan yang paling best sebab 7 Eleven betul-betul depan hotel. Dan kawasan tu tak terlalu sesak sangat, cari makanan kat 7E pun tak sesak. Lepas berehat sekejap dalam hotel dan dalam pukul 3 macam tu, kami teruskan ke Khlong Hae Floating Market. Kalini naik grab ja sebab agak jauh dari hotel tapi Grab masih murah la berbanding Tuktuk. 


Dekat Floating Market tu kami makan ringan-ringan dan beli snack sikit-sikit. Bagi aku, makanan kat sini tak berapa sedap sangat. Tapi boleh la buat rasa-rasa. Selepas lebih kurang 2 jam kat situ, kami ke Asean Night Bazaar pulak. Sebabkan kami sampai Asean Night Bazaar dalam pukul 5 lebih, tak semua kedai buka lagi. Sekadar jalan-jalan sahaja dan teruskan ke Greenway dengan berjalan kaki. Dekat sini makanan dia nampak lagi menarik tapi kami tak makan pun sebab di Greenway guna sistem kad yang kena reload tu, dan kami pun tengah agak kenyang waktu tu. 

antara makanan yang kami makan kat floating market 

Kami berjalan lagi dari Greenway ke Hotel yang agak-agak dalam 800 meter. Memang penat tapi best sebab boleh tengok kampung-kampung, kedai-kedai tepi jalan dengan lebih dekat. Pengalaman yang tak ternilai. Sebelum masuk bilik, singgah ke 7 Eleven dulu untuk beli jajan ringan. Asalnya macam agak penat tapi macam tak puas la kalau tidur dalam bilik je, lepas Maghrib kami kembali ke Asean Night Bazaar (naik Grab la ye) untuk beli cenderahati sikit. Bagi aku harga kat sini tak la murah sangat-sangat tapi okey la. Sambil beli makanan sikit untuk jamah kat bilik nanti.

Asean Night Bazaar 

Dalam pukul 10 malam macam tu masing-masing dah penat dan terbaring tapi dalam pukul 12 baru masing-masing terlelap. Keesokan pagi tu, pukul 10 pagi terus check out dan terus ke Kim Yong Market untuk beli kacang. Bagi aku kat sini lebih berbaloi sebab boleh tawar menawar dan boleh compare harga dengan kedai yang lain. Dekat sini jugak kami makan sarapan di warung sebelah tu. Pulut Ayam dengan Nasi tu serius sedap gile. Nanti mesti repeat punya. Ayam dia sedap teruk. 


Masuk watson jap sebab nak rasa aircond tapi ada clearance stock pulak. Memang ambik la, murah-murah jugak dan yang penting Watson sini masih boleh guna kad Watson Malaysia kita punya tu ya. Lepas tu jalan-jalan dekat pasar tepi tu. Buah-buah pun banyak, mak aku beli durian dia. Sedap jugak tapi aku tak makan sangat, so aku jamah sikit je. Harga 140 bath untuk 5 ke 6 ulas macam tu.


Lepas dah jalan kat situ sampai lah ke Lee Garden tu, kami decide nak balik tapi emak aku nak cuba naik train yang open air tu. Dekat je dari Lee Garden tu tapi sebab beg kami berat gile, naik Grab jugak la. Akhirnya kami bersidai la dekat Hatyai Junction tu 2 jam. Sebab tren jalan pukul 2 petang. Memang best weh naik tren ni sebab cuaca pun redup waktu tu. 


Dalam 55 minit sampai lah ke Padang Besar. Di Padang Besar baru la aku faham erti beratur gais, dekat sejam jugak la beratur kat imigresen Thailand tu sebab ramai orang (mungkin sebab hari Ahad kot?) Nasib baik urusan imigresen tu habis sebelum tren komuter Padang Besar ke Butterworth berlepas. 

Hatyai - will be missed tapi pasti datang lagi sebab tak jauh dari Penang dan murah-murah dan makanan sedap-sedap

Petang tu sampai ke Butterworth pukul 7 petang. Dan berakhir lah perjalanan tiba-tiba kami kalini. Best dan tak puas sebab rasa macam plan tak betul-betul lagi, dan gambar pun banyak macam terlepas tak ambil dan rakam. Lain kali nak datang lagi untuk makan dan pusing sampai puas. Moga murah rezeki. Untuk bajet dan kos semua aku akan cerita dalam post yang lain, InsyaAllah.

You May Also Like

1 comments

  1. Belum pernah masuk ke Thailand lagi.... Tentu seronok jalan tempat org kan..?

    ReplyDelete