Cara Tukar atau 'Downgrade' Pelan Postpaid ke Prepaid Hotlink

by - Friday, June 23, 2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ini aku nak kongsikan sedikit panduan untuk menukar pelan Hotlink atau Maxis dari Postpaid ke Prepaid. Ini berdasarkan pengalaman aku sebab kontrak postpaid untuk nombor telefon kedua aku baru je tamat, so aku terus tukar ke prepaid balik sebab tak guna sangat nombor tu.

Pada pengetahuan aku, untuk nak tukar pelan ni boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu terus ke Maxis Center atau melalui telefon terus ke Customer Service dengan dial 123.

Pada awalnya aku pergi ke Pusat Maxis di Lotus's tapi staf situ macam tak boleh nak uruskan, mungkin kena pergi ke Pusat Maxis yang betul-betul pusat la kot (yang biasanya lebih besar). Tapi nak lagi senang, dial je 123 dan terus cakap dengan HQ customer service.

Selepas dial 123, ada beberapa pilihan untuk dipilih seperti yang diberi oleh operator automatik tu. Kat sini pilih je pilihan untuk bercakap dengan staf IVR (lebih kurang macamtu). Tekan *.

Part yang tricky kat sini, operator automatik tu akan kata "Trafik panggilan agak tinggi, boleh teruskan urusan dengan melalui Whatsapp." Pada awalnya aku pilih untuk Whatsapp tetapi pilihan kat Whatsapp macam tak ada untuk downgrade pelan. Jadi, teruskan cakap dengan operator tu walaupun dia kata trafik tinggi, sebab tak sampai 30 saat pun aku pilih untuk bercakap terus dengan staf dah disambungkan terus. 

Semasa bercakap dengan staf tersebut, soalan pertama:

Apa tujuan encik telefon kami ya?

Lepas dah terangkan kata nak downgrade pelan apa semua, dia akan minta untuk kekal dengan pelan tersebut tapi dengan tawaran rebat 5%. Tapi aku tolak je dengan baik, bagitahu yang memang takmau guna dah nombor ni. Lepas tu ada beberapa soalan pengesahan yang diajukan:

Nombor Kad Pengenalan? Tarikh terakhir bayaran? Berapa ringgit bayaran terakhir?

Lepas soalan tersebut dah disahkan, dia akan cadangkan apa yang nak dibuat. Kat sini confirmkan balik dengan dia dan tanya apa-apa soalan yang berkaitan. Mereka akan jawab dengan baik dan terang (berdasarkan pengalaman aku la). Customer service aku bagi 10/10.

Semua proses penukaran tu ambil masa dalam 3 hari bekerja. Namun, aku punya kes selesai keesokkannya. Pantas. Selesai dengan customer service dalam 5 minit ja dan urusan semuanya selesai dalam sehari. Untuk ini aku bagi 10/10 jugak. Kalau pergi Pusat Maxis kat Lotus's tu habis masa menunggu apa semua dalam 15 minit tapi kes nya tak selesai pun. 

Okay, tamat satu tanggungan nak kena bayar walaupun tak guna sangat pun sebab dah ada nombor lagi satu yang jugak Postpaid Hotlink. Bertahan dengan nombor kedua tu sebab kontrak iPhone 2 tahun tu je hahaha. Ok bye. 


You May Also Like

3 comments

  1. Jarang lepas untuk postpaid tukar kepada prepaid. Ada telco yang lagi susah, nak kena tukar kepada telco lain, baru MNP balik ke telco asal as prepaid. Haha.

    ReplyDelete
  2. Tq share! skrg postpaid agak pricey lah, terfikir juga nak tukar ke prepaid sebab jarang guna...

    ReplyDelete
  3. Boleh rupanya turunkan taraf. Hehe.

    ReplyDelete