Pengedar Motor di Melaka Cipta Rekod Shopee Live

by - Thursday, September 21, 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



BLH Motor Tular Dalam Kalangan Penggemar Motosikal Pada 9.9 Hari Pembelian Hebat


Pengedar motosikal di Melaka, BLH Motor* mengakhiri kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat yang berlangsung dari 7 hingga 9 September dengan sukses. Syarikat ini memecah rekod dengan memperoleh lebih 50 pesanan motosikal jenis 125cc ke 155cc, mengatasi jumlah pesanan pada hari biasa iaitu 15 kali ganda dalam tempoh lapan jam berstrim secara langsung. Ini kali pertama BLH Motor mengadakan strim langsung 9.9 Hari Pembelian Hebat dan meraih 17,000 keterlibatan pengguna yang mencapai golongan Generasi Z yang mahir digital.


Sambil menghiburkan penonton, kempen strim langsung turut menawarkan diskaun RM799, eksklusif sewaktu strim langsung yang berlangsung pada 7 dan 8 September. BLH Motor turut mendidik pembeli tentang ciri-ciri motosikal popular Yamaha Y15ZR, Yamaha Y16ZR, Yamaha LC135, dan Yamaha Ego Avantiz. Keputusan BLH Motor untuk mencuba strim langsung pada 9.9 ini selepas mendapati ramai penjual automotif turut menyertai saluran tersebut. Mereka mahu menggunakan strim langsung untuk mencapai komuniti motosikal di Malaysia dengan menawarkan motosikal, alat ganti dan aksesori.



Pada 9.9 Hari Pembelian Hebat, penonton sambar baucar diskaun eksklusif untuk strim langsung sebanyak RM999 untuk pesanan motosikal berharga RM9,999 ke atas. Selepas bertanya soalan di ruang sembang strim langsung, pembeli terus memesan motosikal impian tanpa perlu bimbang kerana mereka dijamin mendapat perkhidmatan lepas jualan seperti tunda percuma dan khidmat nasihat sama dengan kedai fizikal pengedar motosikal. 

Populariti meluas serta maklum balas positif dari peminat motosikal di Shopee menonjolkan usaha BLH Motor menarik komuniti dalam talian yang lebih luas dan mencapai pertumbuhan mampan. 
“Kami tak pernah terfikir untuk menjual motorsikal di strim langsung. Pengalaman tersebut memberi didikan yang menyeronokkan dan membuka mata kami. Shopee sentiasa memberi sokongan dan bimbingan yang membolehkan kami mengembangkan kecapaian pasaran dan menjual lebih banyak motosikal,” kata jurucakap BLH Motor.



“Strim langsung adalah sama seperti menjual di kedai fizikal, cuma dengan kecapaian yang lebih besar, sambil menyediakan interaksi dan keterlibatan yang sama. Pembeli boleh berinteraksi dengan penjual melalui Shopee Live dari rumah dan ini cara efektif untuk pelanggan dalam talian berhubung dengan kami,” tambahnya. 

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, 
“Kami gembira apabila penjual yang  baru di Shopee Live membuat eksperimen dan mencapai prestasi baik di saluran ini. Semakin ramai penjual Malaysia mendapati strim langsung saluran terbaik untuk menghasilkan keterlibatan, menggalakkan pembelian segera dan mendorong penonton untuk membeli, walaupun untuk barangan lebih mahal seperti motosikal. Tahniah kepada BLH Motor di atas pencapaian hebat untuk 9.9!” katanya. 

Kejayaan kempen ini telah mendorong BLH Motor untuk melakukan lebih banyak strim langsung pada masa hadapan dan menggunakan ciri-ciri platform Shopee terus memperkenalkan motosikal mereka dalam strim langsung. Permintaan untuk moped BLH Motor semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat mengatasi pesanan biasa di dalam kategori mereka lebih 15 kali ganda, sekaligus menunjukkan kehebatan Shopee Live dan bagaimana penjual boleh menggunakannya untuk mengembangkan perniagaan. 

Sementara itu, BLH Motor menzahirkan penghargaan mereka terhadap penyokong Shopee 9.9 yang membuatkan kempen Shopee Live mereka suatu pengalaman yang menyeronokkan. Syarikat ini kekal berdedikasi untuk menjadi pengedar motorsikal boleh dipercayai untuk pelbagai jenis jenama seperti Yamaha, Honda, SYM, Benelli, Modenas dan WMoto, menyediakan khidmat dan pembaikan serta alat ganti.

*Kedai Shopee BLH Motor: https://shopee.com.my/blhmotor


You May Also Like

1 comments