Assalamualaikum,
Kalini nak join GA dari Lady Dini pulak. Sempat lagi ni kalau nak join. Berakhir Khamis ni ye, 18 November. Jom join jom!
Ada hadiah special tu untuk 3 orang pemenang menanti! Jom join!
Kalini nak join GA dari Lady Dini pulak. Sempat lagi ni kalau nak join. Berakhir Khamis ni ye, 18 November. Jom join jom!
Ada hadiah special tu untuk 3 orang pemenang menanti! Jom join!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini aku join GA dari Mummy Ayu pulak sempena birthday beliau bulan depan (November).
HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE! MOGA MURAH REZEKI, DIBERI KEBERKATAN USIA DAN SIHAT SELALU AMIIN. hehe
Giveaway kalini mudah je syaratnya.
1) buat satu entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" & link balik ke entry Mummy Ayu (klik je banner kalau nak join)
2) tinggalkan link korang kat bahagian komen entry Mummy Ayu so that Mummy Ayu boleh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak
tarikh giveaway berlangsung: sekarang hingga 08 NOVEMBER 2021 (ISNIN)
Jom meriahkan lagi giveaway ni. Hehe. Btw birthday aku pun baru je lepas 15 Oktober haritu :D
YUMI'S CELLS
Drama: Yumi's Cells (English title)
Hangul: 유미의 세포들
Pengarah: Lee Sang-Yeob
Penulis: Lee Dong-Gun (webtoon), Song Jae-Jung, Kim Yoon-Joo, Kim Kyung-Ran
Network: tvN, TVING, IQiyi
Jumlah Episod: 14
Tarikh Siaran: September 17 - October 30, 2021 (Jumaat dan Sabtu)
Barisan Pelakon: Kim Go Eun, Ahn Bo Hyun, Choi Minho, Lee Yoobi dan lain-lain.
Sinopsis:
Drama yang diadaptasi daripada webtoon, Yumi's Cells menampilkan gandingan pertama Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun. Bagi yang kurang mengenali, Kim Go Eun merupakan heroin baru drama Goblin, manakala Ahn Bo Hyun pernah memegang watak antagonis dalam drama Itaewon Class.
Kim Yumi (Kim Go Eun) merupakan seorang pekerja office biasa. Dalam masa yang sama, dia memendam perasan pada seorang junior di tempat kerjanya, Chae Ugi (Choi Minho). Di tempat kerjanya, Ugi sangat baik dengannya dan mengesyaki yang Ugi juga menyukainya. Pada suatu hari, mereka berdua makan bersama-sama dan Yumi berhasrat untuk meluahkan perasaannya namun Ugi juga meluahkan yang dia juga memendam perasaan pada orang lain di tempat kerjanya tetapi bukan seorang perempuan.
Belum sempat Yumi meluahkan perasaan, Ugi mencadangkan untuk Yumi keluar blind date bersama kawannya, Woong (Ahn Bo Hyun). Dalam keadaan yang patah hati akibat direject secara halus oleh Ugi, Yumi terus bersetuju untuk hadiri blind date tersebut.
Pada pertemuan pertama mereka, perasaan Yumi sangat bercampur baur kerana tujuan utama dia setuju dengan blind date tersebut untuk menjaga hati Ugi. Namun, kebaikan Woong menampakkan keyakinan pada Yumi untuk teruskan dengan hubungan mereka. Selepas beberapa pertemuan, mereka officially dating haa gituu.
Bertepatan dengan tajuk drama Yumi's Cells, drama ini gabungan kehidupan manusia dan keadaan cell dalaman yang merupakan kartun. Bahagian ini yang menambahkan lagi menarik. Dalam diri Yumi, beribu-ribu sel yang wujud dan bereaksi, namun pada awal drama, sel cinta dilanda koma di hospital, namun telah sembuh setelah mengenali Ugi dan Woong. Selain itu, ada banyak lagi sel lain seperti sel emosi, lapar, nafsu, anxiety dan banyaak lagi.
Dalam ramai-ramai manusia yang ada dalam drama ni, cuma sel yang ditunjukkan adalah sel milik Yumi dan Woong sahaja.
Pendapat Peribadi
Plot cerita yang biasa sahaja. Agak cliche. Barisan pelakon semua best. Kombinasi kartun dan manusia tu yang melainkan sedikit. Kewujudan kartun sel menambahkan perasa dalam plot drama ni.
Rating aku 7/10 sebab aku baru tonton sampai episod 5 dan drama ni pun masih ongoing, jadi aku harap ada la twist yang menarik lagi pada episod yang akan datang. Dan katanya second lead actor nanti akan ada kemunculan Jinyoung GOT7, tapi sampai sekarang belum muncul lagi.
Kalau korang tengok drama ni dekat IQiyi, langganan percuma sehingga episod 5 sahaja. Episod seterusnya kena ada VIP pass.
Saksikan behind the scene di Youtube:
Hai gais
Zinger Double Down kembali lagi. Sebelum ni punya version pun aku dah pernah cuba dah dulu. Saja nak cuba lagi sebab memang antara produk bermusim KFC yang aku gemar. Tanpa roti, memang isi ayam sahaja atas bawah. Peh memang kenyang kalau makan ini saja.
Lepas nampak iklan comeback Double Down ni, terus cari kat Grab Food. Kebetulan ada kod promosi 'HOTDEALSGF' dan dapat potongan 50% bagi pembelian minimum RM25. Jadi, aku pun order Zinger Double Down Box Meal.
Double Down ni ada dua versi, dengan keju mozarella (Cheezilla) dan tanpa mozarella. Sebab Cheezilla tu macam mahal sikit, aku ambil yang biasa saja.
![]() |
| Aku syak kentang putar habis, jadi dia tukar dengan fries |
Untuk Box Meal ni, kita akan dapat Zinger Double Down, seketul ayam, kentang putar dan air. Harga satu kotak tu dekat Grab RM23.99. Mungkin lebih murah kalau walk in ke kedai. Kalau aku tak tambah apa-apa, memang kena bayar RM24 tu lah sebab tak sampai nilai minimum untuk gunakan promo code tu. Jadi, aku cuma tukar air ke air Tropicana Twister (kena tambah RM1.60) dan jumlah harga jadilah RM25.60. Dengan promo code, ditolak RM12.50, aku cuma bayar RM15.29 sekali dengan penghantaran RM2.00.