Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL23) dah pun dua minggu berlalu. Seperti biasa, aku pun tak melepaskan peluang untuk hadiri jugak walaupun di Kuala Lumpur sana. 

Okey harini baru teringat nak post Book Haul. Sebenarnya dah post kat Lemon8 dari 30/5 haritu, alang-alang tu mari follow akaun Lemon8 saya jugak okies > lemon8/aimansalleh



Tahun ni tak macam tahun lepas yang mana aku senaraikan beberapa buku yang nak dibeli. Tahun ni aku redah je, apa yang menarik, terus grab. Setelah penat pusing semua tingkat, aku cuma beli dari dua reruai sahaja iaitu reruai Tentang Kita dan Whitecoat.


1) Aku Di Belakangmu (Abstrakim)

Publisher: Whitecoat

Genre: Seram

Bilangan muka surat: 506

Aku dah pernah baca Introvert tulisan Abstrakim juga dari bukufixi dan memang best giler. Hampir keluar air mata dengan plot twist Introvert tu. So, untuk tulisan Aku di Belakangmu ni tak sabar nak mula baca!

Link Shopee: Aku Di Belakangmu



2) Terlalu Berharga Untuk Putus Asa (Teh Fatihah)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 186

Selain muka depan yang cantik, aku sempat selak beberapa muka surat dan aku tertarik dengan ayat-ayat dalam tulisan tersebut.

Link Shopee: Terlalu Berharga Untuk Putus Asa


3) Mencari Jalan Pulang (Muzuza)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 240

Sinopsis di belakang buku yang sangat dekat dengan diri ini membuatkan aku rasa nak baca lagi.

Link Shopee: Mencari Jalan Pulang




4) Tentang Semua Yang Melelahkan (Elhaura Masyitah)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 236

Muka depan; estetik. Self-help yang aku perlukan :)

Link Shopee: Tentang Semua Yang Melelahkan


5) Bersendiri Ke Pantai (Kamal Effendi)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat:170

Buku ni aku dapat percuma dengan pembelian melebihi RM110. Dan yang aku teruja sebab ada muka surat berwarna juga.

Link Shopee: Bersendiri Ke Pantai


6) Tentang Dewasa (Hafizul Faiz)

Publisher: Tentang Kita

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 174

Ini merupakan buku tulisan Hafizul Faiz yang ketiga aku miliki. Memang selalu tertunggu tulisan baharu dari Hafizul Faiz sebab selalunya sangat related dengan keadaan sekeliling aku.

Link Shopee: Tentang Dewasa


Total lost semua buku ni masih bawah RM200, so peningkatan yang lebih baik dari tahun lepas. Ini semua sebab tahun lepas aku belanjakan lebih RM300 dan ada dalam 4-5 buah aku jual balik ke Carousell sebab tak terbaca pun buku-buku tu. 

Moga-moga buku yang kali ni aku dapat habiskan dengan jayanya. Amiin. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Reading slump. Jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu membawa maksud kemerosotan membaca. Secara ringkasnya ia adalah keadaan yang di mana kita mula rasa tidak bersemangat dalam membaca.


Sama seperti aktiviti seharian yang lain, membaca juga ada naik turunnya. Ada kalanya sebuah buku dapat dihabiskan pembacaan dalam masa sejam dan ada kala yang lain, sebuah buku boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk dihabiskan.

Hari ini aku terfikir untuk menulis bagi menjawab soalan rakan aku di Instagram berkenaan tips untuk elakkan 'reading slump'. Sejujurnya, aku pun baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia membaca ni. Maka, memang 'reading slump' ni dah sebati dah dengan aku. 

Dengan kata 'Membaca Jambatan Ilmu', 'Membaca Amalan Mulia' sahaja tidak cukup untuk menaikkan semangat untuk terus membaca. Sejujurnya, banyak aspek lain yang perlu dipertimbangkan juga seperti tujuan, masa, isi buku dan banyak lagi.

Di sini aku kongsikan beberapa tips yang aku sendiri amalkan untuk kekal semangat menghabiskan sebuah buku. 

(disclaimer: mungkin cara kita tidak sama, jadi apa yang boleh dijadikan panduan, kita ambil)

1) Pastikan tujuan membaca adalah jelas.


Ada sesetengah orang membaca untuk ikut trend, ada yang memang membaca untuk tambahkan ilmu, dan paling beruntung bagi orang yang memang dilatih dari kecil untuk membaca dan menjadi suatu hobi atau kewajipan untuk mereka untuk membaca.

Apabila kita jelas dengan tujuan kita membaca, InsyaAllah kita tak akan lari jauh dari tabiat ini. Bab tujuan ni, terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi, tanya balik diri sendiri, "kenapa aku membaca?" kerana diri sendiri sahaja yang lebih mengetahui.

2) Tetapkan Masa Membaca Yang Tidak Membebankan


Bagi aku sendiri, masa adalah perkara terbesar yang menjadikan semangat aku untuk membaca berkurangan. Jadi, aku menetapkan masa bacaan aku tetap pada pukul 8.30 sehingga 9.00 malam yakni masa tersebut memang terang-terang masa yang aku paling lapang sekali. Kalau hujung minggu, aku lebih longgar dari segi masa. Aku baca kalau aku rasa aku perlukan input sahaja.

3) Pastikan Suasana Bacaan Yang Kondusif



Sesetengah orang suka membaca sambil baring dan ada juga yang kena membaca hanya di meja belajar sahaja. Ada yang perlukan teh/kopi sebagai pendamping bacaan dan ada yang perlu kunyah keropok atau kuih juga. Jadi, bab ini terpulang kepada individu itu. Korang kena eksperimen sendiri, korang bandingkan, suasana mana yang paling efisien dalam bacaan korang.

4) Pastikan Pemilihan Genre Buku Yang Menepati Citarasa



Genre buku ni secara kasarnya ada banyaaak sangat untuk diterokai. Bagi aku sendiri, aku paling efisien untuk membaca adalah dengan genre bukan fiksyen yang lebih kepada self-help atau self-love. Ada juga orang yang menilai sesebuah buku bergantung pada penerbit atau penulis itu sendiri. 

Ini bagi mengelakkan korang cepat bosan dengan bacaan korang. Aku pernah baca buku yang dari kulit bukunya nampak menarik tetapi isinya tidak menepati dengan citarasa aku. Dan sampai sekarang buku tersebut masih menjadi perhiasan di rak haha

5) 'Track' Bacaan Kita


Salah satu cara yang aku mula buat sejak tahun ni adalah dengan muat turun beberapa aplikasi yang boleh 'track' bacaan kita. Ada banyak 'book tracker' yang ada kat Play Store/App Store tu. Yang aku guna sekarang Bookly dan Turn. Kedua-duanya best. Cuma kalau nak lagi best, kena bayar sikit la. Korang boleh juga set masa dekat apps tersebut dan bila tiba masa tu, apps tersebut akan keluarkan notifikasi. 

Cara ni bagi aku berkesan sebab apabila habis satu buku, aku jadi tak sabar nak tambah buku lain dalam list. Dan dengan adanya tracker ni, tujuan bacaan aku lagi jelas. Kalau korang jenis yang lebih suka menulis, boleh juga wujudkan sebuah buku khas untuk menulis semua buku yang telah terbaca.

Setakat ini sahaja tips yang aku dapat kongsikan. Aku pun pemula, jadi aku faham betapa susahnya untuk pemula ini mengekalkan prestasi dan konsistensi untuk membaca. Moga ada manfaat dari post ini. Cuba kongsi korang punya cara untuk kekal aktif dalam membaca :D

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lamaa betul menyepi kat sini. Dekat 3 bulan dari post yang sebelum ni. Sekadar nak buat ‘quick update’ je kat sini. 


Alhamdulillah dah 2023 dan tahun ni dah menjelang suku abad ya. Umur sekarang ni dah mula kena tanya soalan ‘bila nak kahwin’ ye. Tapi aku masih chill dan senyum kambing saja yang mampu. 

Sekarang lebih fokuskan untuk diri sendiri dulu. Selepas dua tahun bekerja, masih kekal di tempat kerja yang sama. Walaupun mulut dah selalu sangat kata nak berhenti tapi belum ada rezeki lagi di tempat lain.Dalam usaha tu, ada dapat panggilan temuduga dua tempat tapi belum rezeki lagi. 


Ada satu dua content yang nak aku share berkenaan temuduga haritu. Selain untuk bacaan umum, boleh jadi bacaan diri sendiri jugak untuk masa depan nanti. 

Dah itu saja dulu. Semoga sesiapa saja yang ter-lalu ke sini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan keberkatan umur. 

Pejam celik pejam celik dah Mac 2023 dah dan dah nak puasa dah nanti!

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Shopee mendedahkan bahawa jenama milik selebriti dan influencer Malaysia semakin ketara dalam landskap e-dagang yang semakin tepu, dalam kajian terbaru ‘Shopee Super Awards 2022 Milestones’. Platform ini memacu ekonomi kreatif Malaysia dengan menyokong bakat tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan berkembang bersama teknologi. Mengkaji prestasi tahun lalu, kajian mendapati bahawa jenama milik selebriti dan influencer di Shopee mempunyai pertumbuhan hasil tahun ke tahun sebanyak 59% dari Oktober 2021 hingga September 2022 berbanding tahun sebelumnya.


Shopee Celebrity Squad telah dilancarkan pada 2018 mewujudkan ruang khusus dengan 97 jenama untuk akses pengguna kepada produk milik selebriti dan influencer. Ahli terkenal termasuk Dato' Sri Siti Nurhaliza, Neelofa, dan Zoey Rahman, antara lain. Jenama ini membawa rakyat Malaysia lebih banyak pilihan produk melalui sesi strim langsung yang aktif, pelancaran produk eksklusif, penyertaan dalam Kempen Besar Shopee, dan memilih barangan tempatan yang tulen dan berkualiti untuk khalayak mereka.


Penjual Shopee Celebrity Squad terlibat secara aktif dengan penonton mereka di strim langsung dengan menawarkan kandungan interaktif, membawa sentuhan yang lebih peribadi untuk penonton mereka. Penjual yang menjalankan sesi strim langsung mempunyai lebih 166,000 penonton unik kumulatif yang menyertai sesi dan lebih 20,000 pengguna berterusan puncak menonton strim pada satu-satu masa, sepanjang tahun lalu. Penjual mencipta kandungan yang menyeronokkan, bermain permainan dan kuiz serta berbual santai dengan khalayak mereka untuk memupuk hubungan. Penonton berasa lebih dekat dengan selebriti dan influencer yang mereka kagumi apabila bakat tempatan ini terikat dengan mereka melalui strim langsung.


Shopee menganjurkan pelancaran eksklusif mingguan untuk jenama Shopee Celebrity Squad setiap Ahad, di mana selebriti dan influencer mempunyai platform khusus untuk mempamerkan kedai baharu atau produk terbaru mereka kepada khalayak baharu dan semasa. Melalui pelancaran ini, pembeli berasa teruja untuk menjadi salah seorang yang pertama mengetahui dan membeli keluaran baharu personaliti kegemaran mereka di tapak mikro dan menerima pengalaman jenama yang lebih baik apabila mengikuti strim langsung mereka. Jenama ini juga menyaksikan 55% tahun ke tahun pertumbuhan dalam pesanan sebagai bukti usaha mereka.


Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Memandangkan sektor peruncitan dibuka dengan melonggarkan sekatan pandemik, komuniti selebriti dan influencer tempatan Shopee telah memperbaharui taktik pemasaran mereka menggunakan teknologi untuk menjangkau khalayak mereka dalam talian. Jenama Shopee Celebrity Squad mempunyai kira-kira 80% kadar penyertaan Kempen Besar sepanjang tahun dalam komitmen mereka untuk mengukuhkan kehadiran dalam talian mereka. Dianggarkan 1 daripada 4 pengguna menuntut baucar dengan jenama ini semasa Kempen Besar. Kami berharap untuk terus memperkasakan Shopee Celebrity Squad kami dengan menghubungkan mereka kepada pengguna baharu dalam komuniti dalam talian Shopee yang semakin berkembang dan sangat terlibat.”


Jenama milik selebriti dan influencer membawa nilai, kebolehcapaian dan kemudahan dengan produk tempatan yang tulen dan berkualiti di platform. Penjual ini memenuhi keperluan gaya hidup khalayak mereka, daripada barangan kecantikan berjenama tempatan kepada barangan runcit yang berpatutan dan dibuat khas. Jenama Shopee Celebrity Squad, yang menawarkan produk buatan Malaysia yang membanggakan, menyaksikan 54% tahun ke tahun dalam pertumbuhan nilai barangan kasar kerana mereka memahami nilai pembelian khalayak mereka. Pengguna menikmati menyokong jenama tempatan kegemaran mereka dengan membuat pembelian yang bertimbang rasa sejajar dengan keperluan mereka.


Zoey Rahman, ahli Shopee Celebrity Squad dan pemilik MIKASERIES berkata, “Terdapat banyak ciri yang saya gunakan untuk memasarkan produk saya di platform, seperti Shopee Live di mana saya melakukan siaran langsung setiap hari, kadangkala sehingga 3 kali sehari! Apabila saya mengambil bahagian dalam Kempen Besar, saya menyedari bahawa pendedahan saya kepada khalayak baharu dan pertumbuhan jualan juga telah meningkat. Acara rangkaian Shopee juga telah membantu saya belajar daripada ahli Shopee Celebrity Squad yang lain dan strategi pertumbuhan mereka. Pada masa hadapan, MIKASERIES akan mengeluarkan lebih banyak kosmetik buatan tempatan berkualiti tinggi yang setanding dengan jenama antarabangsa.”


Platform ini secara berterusan menggalakkan penjual Shopee Celebrity Squad untuk berinovasi dan menghasilkan pengalaman jenama baharu untuk pembeli mereka melalui pelbagai fungsi dalam aplikasi. Shopee akan mengiktiraf dan meraikan ahli Shopee Celebrity Squad 2022 terbaik dan paling terang di Shopee Super Awards akan datang pada 15 Disember.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Hari ini dan semalam (25 dan 26 November) telah berlangsung Konsert Separuh Akhir Muzik Muzik yang ke 37 untuk melayakkan 12 lagu ke sebuah anugerah yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke 37. 



Daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan di separuh akhir, 12 buah lagu telah terpilih untuk dipertandingkan di AJL37, iaitu:

1) Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos

2) Debu - Dayang Nurfaizah & Amir Masdi

3) Korban - Ernie Zakri

4) Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim

5) Satu Malam di Temasek - Joe Flizzow & Sonaone

6) Kembali Terang - Marsha Milan

7) Terus Hidup - Aina Abdul

8) Nang - Iman Troye

9) Payung Pelangi - Noki & MK

10) Sengsara - Khai Bahar

11) Irama - Shiha Zikir

12) Mainan - Naim Daniel


Tahniah buat semua finalist (penyanyi dan pencipta lagu). Tak sabar rasanya nak tunggu malam AJL37 nanti! Semua vokal mantap ni. #ajl37 #sfmm37

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Cara Basuh Tuala Yang Betul
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Memindahkan anak pokok pauh ke rumah adik
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates