Sedap Ke Makanan Korea kat Malaysia ni?

by - Tuesday, September 17, 2019

Assalamualaikum

Selepas mengkaji beberapa tips blogging untuk menulis apa yang dekat dengan kita. So saya decide untuk memperbanyakkan penulisan berkenaan FOOD ! Ok sangat dekat dengan semua pun.



Harini nak share sikit pasal Korean Food yang saya dah pernah try. Ehek baru tiga :D
Bagi yang tak tahu, ni awkward gak untuk mengaku tapi saya memang salah seorang yang minat Kpop hahaha.

All time faves~

Bila dah minat Kpop, Kdrama dan Kshow, mesti nak acah-acah makan apa yang orang Korea makan kan haha. Dan nasib pulak dapat sorang bestie ni yang sedikit sebanyak mempengaruhi dalam bidang ni (ceh bidang). Dia fanatik Twice gais, saya biasa2 je cuma biasa2 untuk banyak group hahaha. Kami kenal since zaman asasi, tahun 2016 dulu, tapi dia ni cerdik sangat dan sekarang pursue Medic  di universiti yang sama tapi dia di kampus KL, saya kampus Nilai.

First time try makanan korea ni kat Dubuyo Nu Sentral. Actually dah 3 kali makan kat sini, dan semuanya puas hati.

Ni pergi masa sem 1 (Disember 2017)

Staff kat situ pun sangat mesra alam. Pastu sambil-sambil makan, ada tv yang mainkan music video kpop. Pastu kat situ la kami acah-acah kenal semua hahaha. Favourite saya kat sini, Chicken Bulgogi. Bulgogi ni sebenarnya nasi. Suka sangat sebab makanan ni sangat mengenyangkan okey, cuma sos sampingan tu macam kureng ngam sikit.

Kawan dua orang lagi makan ramyeon dengan toppeoki. Ramyeon dia sedap, isi pun banyak. Toppeokki dia je macam kureng sikit sebab liat sangat, dan kitorang tak habis pun. Pastu first time pergi ni kitorang order green tea. Mengharapkan green tea macam thailand punya yang ada susu tu. Rupanya green tea diet ni hahaha. Kali kedua ketiga datang memang order ais kosong je. Rasa sama, harga beza.

Harga dia lebih kurang RM20 gitu ah. A bit pricey ah tapi satu sem satu kali je hahaha.

Personal rating saya bagi 7.5/10 eh.

Ni pergi masa sem 3 (dalam bulan 10 ke 11 tahun lepas)

Second time, kami berdua je kalini. Kali ni Seoul Garden Hotpot kat Mytown Cheras. Masa ni teringin nak rasa ni sebab Maxis App ada promo bulgogi tu buy 1 free 1. Pastu tamak, dah buy 1 free 1, tambah ramyeon pulak. Sedap dan sangat kenyang.  Air pun ada Ice Lemon Tea dengan Tea lain-lain. Kitorang memang dah insaf nak order green tea dah. Kat Hotpot ni ada Sup Ginseng Ayam yang macam orang Korea selalu makan tu, nak try tu tapi next time lah kot. Harga kat sini lebih murah daripada Dubuyo.

Personal rating 8/10

Ni pergi masa sem 4 (bulan 4 kot tahun ni)

Yang ketiga ni, Myeondong Teoppoki kat Aeon Nilai. Saya order Ramyeon, member saya order Teoppoki. Sedap jugak. Side dishes dia pun best, ada bibimbap, ikan bilis goreng dia sedap, kimchi dengan sayur apa tah. Yang best myeondong toppoki ni sebab air green tea free refill. Tapi untuk set je kot rasanya. Green tea pun green tea lah, asalkan free refill hahaha.

Ramyeon tu so-so je, Dubuyo punya sedap lagi. Teoppoki tu nais jugak ah. Harga dia lebih kurang Dubuyo je kot, tak ingat lah yang ni. Personal rating dalam 7.5/10 jugak kot.



Bagi yang tak tahu rupa jajangmyeon tu. (gambar Google)
Actually ada satu lagi kedai kami pernah try tapi sangat tak sedap hahaha. Kat food court NuSentral. Saya order Ramyeon, member order jajangmyeon. Ramyeon tu seriously macam maggi masak sendiri je, isi pun ade sosej, isi ketam, ayam sikit camtu je. Jajangmyeon memang out terus, sebab sos hitam dia tu macam rasa kapur sangat. Tambah lak dengan timun banyak gila, memang tak habis kami haritu. Ramyeon jelah habis sebab still boleh makan lagi la.


At last, its up to your taste lah. Ramai je member lain yang memang tak boleh go langsung makanan korea. Tapi macam saya, asalkan makanan ni ada rasa, still sedap hahaha. Bagi jelah apa-apa, kalau tengah lapar konfem habis hahaha.



Sekian. Have a good day :)

You May Also Like

7 comments

  1. tak pernah lagi merasa semua makanan ni. mungkin tekak melayu pure ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ye kalau tekak melayu pure ni kebanyakannya memang takleh go pun dengan makanan korea ni lagi-lagi kimchi hahahaa

      Delete
  2. Korean food ni kalau tgok depa makan mcm sedapnyaaa hahah teringin la nak try jajangmyeon tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. bila tengok diorang punya mukbang tu terliur sangat tapi hakikatnya takde la sedap sangat pun hahaha

      Delete
  3. pernah try Seoul Garden je..yg tu memang best. yg lain tak pernah terasa nak cuba pun..hehe

    ReplyDelete
  4. Zumal je kot tak pernah makan Korean food. Tapi pernah la kerja restoran Korean cuma sebab tak minat jadi susah nak buat menunya. Hehe...

    ReplyDelete
  5. i've tried it all but i think my most favourite would be myeongdong topokki.

    ReplyDelete