7 Servis Penghantaran Yang Beroperasi Dalam Tempoh Kawalan Pergerakan

by - Saturday, March 28, 2020

Assalamualaikum,

Salam Hari ke 11 Perintah Kawalan Pergerakan. Lagi 17 hari gais nak habis. Bukan mengeluh, tapi bersyukur. Satu langkah yang baik oleh kerajaan untuk menipiskan penularan wabak covid-19 tu. Alhamdulillah. Tambah bersyukur selepas pengumuman pakej rangsangan yang diberi oleh kerajaan kita ni, dapat meringankan beban banyak pihak.

Dalam pada tempoh kuarantin ni, kurangkan pergerakan keluar rumah. Jadi, apa kata kita order delivery je kan. Kat sini aku senaraikan 7 servis penghantaran yang beroperasi dalam tempoh ini. Lebih senang dan pada masa yang sama kita dapat mematuhi perintah kerajaan. Kredit pada thekeduadotcom  

1) Foodpanda


Tak asing lagi kat semua rakyat Malaysia. Antara servis penghantaran makanan terkenal. Penghantaran makanan dari pelbagai restoran terkemuka mengikut kesesuaian. Bagi yang belum mendaftar lagi dengan Foodpanda, ada 50% diskaun untuk penghantaran pertama dengan kod "NEWPANDA".

Terdapat di hampir semua bandar besar di Malaysia. Kawasan kampung pun kadang-kadang ada tau. Cek availability kat apps Foodpanda sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari foodpanda.my

2) GrabFood
Sama macam Foodpanda jugak. Antara yang terkenal dan pelbagai restoran yang terlibat dengan penghantaran dari Grab ni. Kesesuaian jugak bergantung pada tempat. Konsep yang sama dengan Foodpanda. Rajin-rajin lah semak apps Grab tu untuk tawaran diskaun yang berganda.

Untuk maklumat  lanjut, layari grab.com/my/food

3) dahmakan
Makanan dari masakan chef. Terdapat pilihan makan lokal dan western. Namun, buat masa sekarang cuma boleh didapati di kawasan Lembah Klang sahaja. Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang dan belum pernah mencuba, anda perlu cuba dan dapatkan diskaun 25% bagi penghantaran pertama dengan kod "NEW25".

Untuk maklumat lanjut, layari dahmakan.com

4) DeliverEat
Servis penghantaran dari pelbagai restoran. Hanya boleh didapati di Kuala Lumpur dan Penang. 

Untuk maklumat lanjut, layari jom.delivereat.my

5) Bungkusit
Perkhidmatan runner. Tidak terhad pada makanan, malah boleh jugak untuk hantarkan barang dan untuk beli barang dapur. Sangat mudah kan. Tapi buat masa sekarang hanya terhad di kawasan Lembah Klang, Penang, Melaka dan Negeri Sembilan. Penghantaran dalam masa 60 minit sahaja.

Untuk keterangan lanjut, layari bungkusit.com.my

6) Lalamove
Konsep yang sama seperti bungkusit. Perkhidmatan runner. Boleh dapatkan perkhidmatan atas kehendak kita. Bezanya cuma sekarang baru boleh didapati di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, layari lalamove.com

7) GoGet
Konsep masih sama dengan Bungkusit dan Lalamove. Gunakan perkhidmatan runner untuk penghantaran makanan dan barang-barang juga. Sekarang hanya terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu. 

Untuk maklumat lanjut, layari app.goget.my

Sempat nak promote dari pengalaman, sebab aku pun baru register untuk jadi runner dengan GoGet ni. Dalam tempoh Movement Control Order ni, boleh register dan lakukan online training je. Akan dibekalkan 5/6 video untuk panduan. Lepas habis tengok semua video tu akan diadakan quiz. 

Sebelum tu, masa pendaftaran akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM15. Sangat mudah. Tapi aku tak cuba lagi kerja ni lah sebab sekarang aku kat Penang, tak banyak job. Bagi yang kat Lembah Klang, sangat dialu-alukan untuk join sebab sana banyaklah job. Sangat mudah dan berbaloi. 

Walau apa pun, jangan abaikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan ya. Sebab duit boleh dicari, nyawa tiada ganti. 


Akhir kata, jaga kebersihan dan keselamatan diri masing-masing. Kurangkan pergerakan keluar rumah bagi tujuan selain kerja dan yang penting. Banyak pilihan tu, antara nak atau tak je. Order saja, dah sampai. Dan banyak jugak yang dah amalkan penghantaran tanpa sentuh atau 'contactless delivery'. Penjarakan sosial tu penting gais. Sekian.

You May Also Like

14 comments

  1. Memang banyak betulkan servis app yang boleh kita guna, cuma biasanya Sis guna Food Panda aje..yang lain jarang guna..

    ReplyDelete
  2. Wow....masa ni la nak manfaatkan servis yang boleh menghantar makanan atau barang2 dapur ni. Kita cuma perlu duduk kat rumah je lah.

    ReplyDelete
  3. Kita tak pernah lagi guna any app untuk food. But ya akan cuba. Orang cakap jangan juga ketinggalan kan ;)

    ReplyDelete
  4. beruntung la if those deliveries cover tempat tinggal.
    mine, tiada satu pun yg available. di luar kawasan.
    so, masak la everyday :)

    ReplyDelete
  5. servis penghantaran ni sangat membantu time mco ni. pernah cuba yang lain kecuali lalamove dan bungkusit.

    ReplyDelete
  6. Awesome. Thank you for sharing this valuable information. Have a good day and stay safe.

    ReplyDelete
  7. 4 dari senarai dah pernah guna. Ada bnyak sebenarnya aplikasi food delivery. Pernah try juga Honest Bee. Yg penting tgk mana murah dan berbaloi dgn free delivery etc.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada apps delivery macam ni, tak payah dah kita nak bersusah payah keluar rumah. Ikut saranan kerajaan stay at home. Malas masak sis order je skrg

    ReplyDelete
  9. Memang ada banyak service pernhantaran makanan yang terus ker rumah kita mudah dan senang sangat yang kita pernah guna kat sini adalah Garab, Foodpanda, DahMakan dan BungkisIt hehehehe tapi tu lah cas ada yang agak tak munasabah sikit...

    ReplyDelete
  10. Banyak servis masih available. Kadang masyarakat salah anggap bahawa mereka lah yang masih ada di jalan raya. Nasib baik mereka menunggang motosikal. So lebih pantas melakukan penghantaran. Dulu kalau nak kurier parcel, grab driver yang ambil. Sekarang motosikal grab food yang ambil. Syarikat penghantaran pun sedia maklum tentang perintah kawalan pergerakan. Tapi ada sesetengah yang kena bawa van hantar parcel tu, memang tidak dpt elak. Malah parcel org order online masih banyak dan bertambah! Hahaha

    ReplyDelete
  11. Semoga kaum2 ibu tidak kebuntuan untuk menyediakan menu2 utk anak2.. Maklumlah musim2 pkp ni.. Agak sukar mengawal pergerakkan ke dapur tu..

    ReplyDelete
  12. bagus bila ada alternatif mcm ni..memberi peluang mereka yg ada di ruamh mendapatkan makanan..dan memberi pendapatan juga pada org penghantar2 makanan ini

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah masih ada yang boleh bergerak, maka pergunakanlah sebaiknya. #stayathome

    ReplyDelete
  14. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete