IPT Akan Dibuka Semula? Yay or Nay

by - Thursday, July 02, 2020

Assalamualaikum.


Salam Bulan Julai. Sedar tak sedar dah setengah tahun kita lalui. Banyak perkara yang baik buruk telah kita tempuhi. Lagi setengah tahun je lagi ni nak habis tahun ni. Fuh!

Syukur juga hari demi hari kes Covid-19 kat Malaysia ni dah makin surut. Bila dah makin okey ni, mestilah banyak sektor akan dibuka semula dengan norma baharu kan. Sekolah pun dah disahkan buka pada pertengahan Julai ni. Alhamdulillah. 


Lepas pengumuman pembukaan sekolah ni, tibalah pulak pengumuman pembukaan institut pengajian tinggi (IPT). Walaupun belum diputuskan lagi bila tarikh pembukaan, dah macam-macam komen dilontarkan. Ada betul juga komen-komen tu. Ada yang menyokong untuk pembukaan semula IPT, ada juga yang membangkang. Semua ada alasan masing-masing, kan.

Yang menyokong tu, semestinya sebab rindu suasana kondusif belajar secara semuka. Lagi pula untuk yang kawasan susah nak dapat Internet, kelas online ni agak membebankan bagi mereka. 

Yang membangkang pulak, ada yang sebab sudah bersedia dan terbiasa dengan norma baharu pelajaran atas talian ni. Bagi yang tinggal di kolej, habis sudah semua barang dibawa pulang. Yang tinggal di rumah sewa pula dah pun terminate kontrak rumah sewa sebab buat apa teruskan kontrak kalau tak duduk rumah tu pun kan. Ya aku la tu, kena bayar rumah sewa lagi walaupun tak duduk pun situ hm. Berat weh nak bayar.


Kalau aku, aku okey je mana-mana keputusan kerajaan dan universiti. Tapi alangkah lebih baik kalau dibuat survei dulu pada pelajar-pelajar ni semua, kaji mana lebih baik. Aku belum terminate kontrak rumah sewa, jadi aku agak fleksibel dengan apa pun keputusan. Tapi kesian la dekat kawan-kawan lain yang dah terminate rumah sewa tu(walaupun kesian lagi aku sebab kena bayar full rumah sewa walaupun tak stay situ pun TT). Dah nak kena cari rumah sewa baru. Lagi pulak yang tinggal satu semester je lagi. Susah tu nak dapat. 

Tapi tu lah, sebaiknya teruskan je sampai akhir tahun ni seperti yang dirancang pada awalnya. Ataupun sekurang-kurangnya bagi habis semester ni dengan online learning sebab kebanyakannya pun dah tinggal beberapa minggu je lagi nak habis. Semester depan masuk kampus balik. Tapi apa pun, aku masih stick dengan keputusan untuk teruskan hingga Disember. 

Apa-apa pun, kita tunggu jelah keputusan KPT. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Sekarang, teruskan sambung buat assignments, tests dan banyaaaak presentation lagi hehehe. Sekian. 

You May Also Like

5 comments

  1. Bagi kursus2 twrtentu mmg perlu hadiri kelas bersemuka spt engineering, arts and design dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Ada kawan-kawan yang kursus architecture pun dah balik ke kampus dah

      Delete
  2. rindu nak masuk belajar offline..belajar online banyak juga cabaran,dengan line internet tak berapa okay,banyak miscommunication dengan lecturers, esaimen terlalu banyak..herm..macam-macam...

    harap dapat belajar seperti biasa balik

    ReplyDelete
  3. mungkin boleh pertimbangkan kalau semester 1 dan semester akhir yang masuk ke kampus dulu untuk mengelakkan terlalu ramai dalam kampus

    ReplyDelete
  4. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete