Pertama Kali Naik ETS Sejak PKP

by - Wednesday, July 08, 2020

Assalamualaikum,


Harini dah disahkan IPT dibuka semula bulan 10. Alhamdulillah semester terakhir belajar berada di kampus. Nasib baik belum terminate rumah sewa lagi. 

Dua minggu lepas balik rumah sewa kat kampus sebab nak kemas rumah sikit sekali nak jumpa kawan kejap. Motor dekat sana pun dah lama tak start, syukur masih elok. Spend dua minggu dekat Nilai. Ambil angin lain untuk online learning. Pergi sana dengan abang naik kereta sebab dia ada kerja dekat KL, sekali singgah la. Balik ke Penang balik naik ETS. Biasanya naik bas je tapi sebab ternampak tweet yang ETS dah mula beroperasi, terus cek ada kosong lagi tak. Syukur banyak lagi kosong. 


ETS ni ada dua jenis (tak termasuk business class tu sebab taktahu sangat), ada Gold dengan Platinum. Tak sure sangat bezanya apa. Kawan kata bezanya Gold ni banyak sikit tempat berhenti dia berbanding Platinum. Dan Gold lebih murah. Naik dari KL Sentral ke Butterworth jadi RM41 je sebab pakai student card. Berbaloi lah sebab beza RM5 je dengan harga bas. 

Begini je rupa student card nye. Kena register lah tapi. Register kena bayar RM35 kot kalau tak silap. Valid untuk setahun. Dan dalam setahun baru sekali je pakai, so sebab nak dekat expired dah (30 September 2020), aku pakai lah. Mungkin juga last untuk pakai ni sebab nanti balik kampus balik pun bulan 10. 

Sebabkan aku naik hari Selasa, ingatkan tak ramai. Rupanya ramai jugak. Penuh. Lama jugak proses nak masuk dalam tren tu. Tempat duduk pun masih bersebelah-sebelahan. Tak ada pun penjarakan sosial. Agak sesak jugak la. Itu jelah yang perlu dikawal. Yang lain okey je. Sampai tak menyempat nak tangkap gambar pun haha. 


Sempat nak tunjuk tengah kelas dalam tren je. Yang bestnya boleh makan-makan kat seat tu dan boleh bawak makanan dari luar jugak. Nak ke toilet pun senang. Dan masa sampai ke destinasi pun tepat je. 

You May Also Like

1 comments

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete