Korean Netflix: Busted Season 3 (2021)

by - 12:48:00 PM

Assalamualaikum | Selamat Berhujung Minggu


Gabungan drama dan variety show, Busted kembali ditayangkan untuk musim ke-3 pada 22 Januari lalu melalui Netflix. Menampilkan watak utama juga sebagai detektif, antaranya Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Park Minyoung, Oh Sehun (EXO), Kim Sejeong (ex-Gugudan), Lee Seunggi dan Kim Jong Min.



Drama berkonsepkan detektif ni memang tak akan kering gusi sebab dalam serius mana pun sesuatu misi yang dilakukan, mesti ada sisi lawak tu. Iyelah, sebab ada Kwangsoo dengan Jaesuk dari Running Man pulak kan. Konsep series ni adalah mengekalkan watak mereka dengan nama asal mereka. Bagi yang mula menonton siri ni mungkin akan 'confuse' sama ada ini sebuah drama atau variety show.



Setiap musim untuk drama ini memang terhad pada 8 ke 10 episod sahaja. Dan untuk menonton musim ke-3 ni, memang kena tengok musim pertama dan kedua dulu sebab semua berkaitan. Di bawah ni aku ringkaskan artis jemputan bagi setiap episod untuk musim ketiga.



Episod 1: Suho EXO, Im Soo Hyang, Han Bo Reum, Kim Kyung Jin, Jo Byeong Gu, Jung Seok Yong

Dalam episod pertama, geng detektif ni ditugaskan menyelesaikan kes kecurian makanan dalam rumah. Rumah yang dikongsi oleh 4 orang tetamu ni, kerap berlaku kecurian makanan, alat mekap dan lain-lain. Dari situ mereka menyelesaikan masalah tersebut melalui klu-klu di tempat kejadian. Di akhir episod, salah seorang ahli rumah tersebut dibunuh. 



Episod 2: Tae Hang HoKwon Jae KwanKo Kyu PilHwang BoraJoo HyejiJung Seok yong Baek So Hee

Episod kedua, mereka ditugaskan untuk dua tugas berbeza dan mereka berpecah sesama mereka. Pada masa yang sama, Seung Gi yang dikatakan pembunuh bersiri juga pengkhianat (dalam musim 2) kembali normal selepas hilang ingatan. Dalam 2 kes tersebut, satu kes menyelesaikan berkenaan seorang profesor yang mati kebuluran dan satu lagi berkenaan pembunuhan di markas judi. Akhir sekali, kedua-dua kes ini menuju pada pembunuh yang sama.


Episod 3Ko Kyu Pil, Hwang Bo-ra, Yoon Joo Man, Kim Gi-du, Shin Min-jae, Lee Yong-bum

Mereka ditemukan dengan satu laman sesawang yang menjanjikan manusia untuk terus ke syurga. Lalu mereka mendaftar di laman web tersebut, daripada yang mendaftar, cuma detektif perempuan yang dapat mesej. Yang lelaki tidak. Rupanya di pusat membawa ke syurga tu sebenarnya tempat pengambilan organ wanita. Lebih kurang macam tu. Di akhir episod baru terbongkar rahsia kenapa penjenayah tersebut hanya mengambil organ wanita sahaja.



Episod 4Rowoon SF9, Pyo Ye-jin, Kim Hye-yoon, Kim Bo-ra, Tae Hang-ho

Pada episod ini, seorang pewaris pemilik syarikat fesyen diamanahkan untuk berkahwin dengan seorang wanita yang telah terpisah sewaktu kecil. Pada majlis pertunangan, bukan seorang wanita yang muncul, tetapi 3 orang. Jadi, para detektif ditugaskan untuk mengesahkan siapa antara 3 wanita tersebut yang sebenarnya yang diamanahkan untuk berkahwin. Di akhir episod, rupanya lagi dua orang yang bukan pengantin tu ada muslihat tersendiri. 



Episod 5: Yum Dong-hun, Park Hyo-joo, Tae Hang-ho, Kim Il-joong, Yoo Jae-pil, Greg Priester

Untuk episod 5, para detektif terima kotak yang berisi pendrive, dalam tu terdapat satu rakaman video jenayah lampau yang berlaku 10 tahun lepas. Pada masa yang sama, ketika berita disiarkan, terdapat gangguan menunjukkan seorang lelaki bertopeng mengugut seorang wanita yang juga tidak beridentiti untuk dibunuh. Lelaki tersebut memberi masa selama 4 jam untuk menyelamatkan wanita tersebut. Dengan bantuan orang ramai di online forum, para detektif selamat sampai ke tempat kejadian tersebut. Di situ, terbongkarlah segala rahsia. 



Episod 6: Oh Man-seok, Kang Hong-seok, Kim Kang-hyun, Kim San-ho, Ko Kyu-pil, Hwang Bo-ra, Lee Su-ji

Min Young terima sejambak bunga 'Cistus' dari seorang lelaki ni dan sebuah nota diselit sekali menyatakan yang pengirim itu akan mati setelah nota dibaca. Tugas detektif ni untuk menyelidik apa punca pembunuhan lelaki tersebut. Dalam masa yang sama, Seunggi yang dikatakan mengalami amnesia beritahu yang sebenarnya penyakit tu hanya sebagai muslihat untuk sertai mereka sebab ada kumpulan lain yang memburu Seunggi. Dalam mengkaji kes pembunuhan tu, mereka jumpai yang ada organisasi lain dalang di sebalik semua kes jenayah yang berlaku.



Episod 7: Song Ji-hyo, Ahn Bo-hyun, Jo Se-ho, Kwanghee, Yoo Byung-jae, Ravi, Ha Sung-woon, Seunghee (Oh My Girl), Ahn So-mi

Episod ni paling cracked. Dalam pertemuan detektif dengan client mereka, ada sekumpulan detektif lain yang menyerupai mereka bulat-bulat. Lalu, client tersebut mencabar kedua-dua kumpulan detektif untuk menyelesaikan masalah yang mana jenayah seorang wanita yang dikatakan dibunuh oleh tunangnya. Di akhir episod, ada satu plot twist terbesar yang membongkar segalanya.



Episod 8: Im Soo-hyang, Ahn Bo-hyun, Kim Hye-yoon, Tae Hang-ho

Detektif mengesyaki Minyoung ada kaitan dengan organisasi Hwalbindang yang menyebabkan jenayah berlaku dan mereka semua pergi ke suatu perkampungan yang terbengkalai untuk mencarinya. Seung-gi mengambil keputusan untuk berdepan dengan Minyoung sendiri dan tinggalkan detektif lain di perkampungan tersebut. Pada masa yang sama, para detektif terjumpa flash drive yang mengandungi senarai penjenayah dan bakal penjenayah, dan Minyoung juga tersenarai dalam bakal penjenayah. Ketua Hwalbindang mengumumkan yang dia sudah pun membunuh Seunggi dan bercadang untuk membunuh semua dalam senarai tersebut termasuklah Minyoung. Dalam masa 1 jam yang diberi, mereka perlu menyelesaikan masalah tersebut sebelum sebuah bom akan diletuskan.



Pendapat peribadi

Busted! ini antara rancangan yang akan aku marathon setiap musim. Untuk musim ke-3 ni, aku suka sebab Kwang soo kembali. Dalam episod 8 pun, Song Jihyo datang sebagai cameo. Harap musim 4 nanti, akan ada lagi Jihyo sebagai tetamu undangan untuk 1 episod. Tak mengecewakan la Busted! ni walaupun dah 3 season. Tak puas hatinya cuma sebab ada 8 episod je. Apa-apa pun, BEST! Kena tengok!

You May Also Like

5 comments