Hari Keempat: Sebelum Tidur Anda Buat Apa? | Cabaran 15 Hari

by - 8:58:00 PM

 Hari Keempat


Assalamualaikum,

Sebelum tidur buat apa? Sejujurnya, selain perkara wajib macam solat isyak. Kitaran tidur aku sebenarnya pun tak berapa bagus. Banyak dah baca yang katanya tak bagus main phone sebelum tidur, tak bagus juga makan sebelum tidur. Tapi itu juga yang dibuatnya. 

Kalau musim peperiksaan atau kelas, aku jadi baik sekejap. Sebelum tidur kena solat dan baca Al-Mulk. Tapi sekarang ni banyak betul lagha. 

kredit: Google


Memang perkara terakhir aku sebelum tidur sekarang ni main fon la. Buka semua media sosial yang ada. Lagi pulak, Internet kat rumah aku ni waktu selepas pukul 12 tu paling laju. Waktu tu la nak mula tengok Tiktok. Faham jelah, buka tiktok kejap, cek jam balik eh dah pukul 2. 

Pukul 12 jugak aku akan tengok Shopee haha sebab nak main game yang dapatkan coins tu. Ni semua sebab Shopee update games tu pukul 12, dah leka tengok tu. Main fon sampai mengantuk, baru boleh lena. 

Yang lagi tak sihatnya tu, kadang-kadang ye. Main fon sampai pukul 2, tengok mukbang pulak. Dah kena masak maggi pulak. Ni lagi tak sihat. Apa-apa pun, aku rindu zaman sekolah ataupun kat kolej dulu sebab sebelum tidur, wajib amalkan Al-Mulk. Sekarang ni iman terumbang ambing. 

p/s: Malam ni 2.2 sale kat Shopee. Nampak dah apa aktiviti aku malam ni sebelum tidur :')

You May Also Like

3 comments

  1. Haha 2.2 banyak coin cashback, banyak voucher2 lain..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah tergelak sy baca entri nie.. hahaha
    Tak sangka ada juga yg join cabaran nie..
    Apapun take care of your health .. stay safe ^^

    ReplyDelete