Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru Cina! Gong Xi Fa Chai!
Alhamdulillah sekarang punya syarat PKP pun dah makin longgar sikit, tapi SOP masih ye kena patuhi. Aku punya cabaran 15 hari menulis blog tu macam gagal je haha sebab sibuk selalu.
cc: Google |
Kalau ikutkan takwim akademik, sekarang ni minggu peperiksaan. Tapi sebab ODL, tak ada la peperiksaan akhir. Dan aku pulak dah semester akhir pun untuk kuliah, semester depan intern dah.
Hari ni cuti korang buat apa je? Aku memulakan hari dengan presentation viva untuk tesis fyp aku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Tesis yang aku selalu serabut kepala dari awal semester sampai habis. Semuanya buat seorang diri. Dengan online pulak. Tajuk yang aku nak buat ditolak mentah oleh supervisor. Lepastu dapat tajuk cadangan dari supervisor, tajuk yang aku tak berapa tahu sangat. Berkenaan emas. Alhamdulillah dengan penulisan tesis ni, aku tahu serba sedikit mengenai emas dan aku berhasrat nak melabur dekat emas nanti.
Alhamdulillah, rakan-rakan sekuliah banyak jugak tolong selain encik Google. Aku siap jugak akhirnya walaupun agak last minute. Dan walaupun tak segempak orang lain, tapi cukupla aku bangga dengan diri sendiri. Sekarang ni tinggal satu je lagi projek kumpulan untuk dihantar 25 Februari.
Lepas tu, latihan industri! Walaupun masih tak dapat lagi tempat intern. Doakan dipermudahkan proses permohonan. Beberapa syarikat dah reject! Yang lain masih senyap sunyi sepi, dan ada beberapa sedang diproses. Setiap hari tak berhenti mohon syarikat yang ada iklankan.
4 comments
good luck intern akan datang dan tahniah atas kejayaan menyiapkan fyp! haish, rindu betul zaman belajar...
ReplyDeleteThankyouu! haha tulaa akan dirindui zaman belajar ni walaupun memori banyak online je hehe
Deletesemoga cepat cepat dapat tempat internship
ReplyDeleteInsyaAllah Amin.. moga doa dimakbulkan malam 1 rejab semalam hehe :)
Delete