WebDrama Korea: Single and Ready To Mingle (2020)

by - 10:15:00 PM

 


Drama: Single & Ready to Mingle
Jumlah Episod: 8
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2020 - 4 November 2020
Durasi: 15 minit.
Genre: Komedi, Romantik, Sitcom
Barisan Pelakon: Choi Yoo Jung, Kim Do Yeon, Jung Hyo Jun, Kim Min Chul, Moon Ji Ho

Sinopsis:

Bong JooE (Yoo Jung) dan Ji Yeon Seo (Do Yeon) rakan baik yang membesar dengan bersekolah dari kecil hingga peringkat universiti di sekolah perempuan sahaja. Oleh itu, mereka menunjukkan dua sifat yang berbeza terhadap lelaki. JooE seorang wanita yang takut untuk berinteraksi dengan lelaki, manakala YeonSeo seorang yang gemar untuk bersama-sama lelaki. Akibat suatu kejadian, mereka ditakdirkan untuk menyewa bilik dalam satu rumah bersama-sama tiga orang lelaki. Setelah ditempatkan di bawah satu bumbung, maka berlakulah babak-babak romantik komedi.



Personal Thought

Web Drama yang ringkas dan senang dihadam lawaknya. Aku tengok 8 episod dalam satu malam je. Drama yang tak perlu nak runsing fikir apa-apa, enjoy je. Dalam ringkasnya plot drama ni, masih diselitkan isu-isu yang taklah nampak plain je ceritanya. Tapi disebabkan ringkasnya plot ni, memang boleh jangka apa yang akan jadi.

Selain Doyeon dan Yoojung, pelakon lain semua aku tak kenal. Tapi, aku suka semua pelakon dalam ni. Memang boleh relate la untuk pelajar sekolah satu jenis ni. Watak Doyeon dan Yoojung memang menunjukkan bagaimana reaksi atau perangai lepasan sekolah satu jantina ni di luar sekolah. 

Bagi yang tak tahu, web drama ni agak-agak macam drama pendek la gitu. Tapi masih ada beberapa episod. Sebab tu satu episod cuma 15 minit saja. Untuk yang nak menonton drama ni, aku suggest untuk tonton dekat aplikasi weTV je sebab percuma dan mudah, iklan pun tak banyak sangat. 

Rating bagi aku untuk keseluruhan drama ni 8/10

You May Also Like

2 comments

  1. ok masuk list haha best tengok drama pendek pendek ni

    ReplyDelete
  2. selalunya web drama ni memang santai je cite dia. memang best layan :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/03/drama-projek-anchor-spm-2021.html

    ReplyDelete