Shopee X Gong Cha Best Sellers Kembali 4.4 Ini

by - 3:44:00 PM

 

 


Shopee dan Gong Cha Kini Kembali Pada Jualan 4.4 Ini | Atas permintaan ramai, kini Gong Cha dan Shopee kembali!

Bersempena dengan Hari Jualan Mega Shopee 4.4 (Shopee 4.4 Mega Shopping Day), Gong Cha dan Shopee kembali perkenalkan best sellers dan tereksklusif 'Marble Series'. Buih susu yang lembut dan penuh berkrim membentuk lapisan seperti marble yang cantik di luar, dan rasa yang sempurna apabila disebatikan dengan minuman tersebut.

Empat (4) minuman yang akan kembali dalam saiz Mega berukuran 700 ml termasuklah Mega Mango Marble, Mega Matcha Marble, Mega Chocolate Marble dan Mega Strawberry Marble, untuk tempoh masa yang terhad!


Mango Marble

Gabungan buih susu ciri khas dari Gong Cha, susu teh hijau dan mangga yang halus dilapisi dalam satu cawan untuk menghasilkan tekstur marble yang cantik. Buih susu yang kaya dan berkrim memenuhi mulut dengan rasa manis mangga, kombinasi yang pastinya akan mengingatkan pada temu janji yang manis pada musim panas.

Matcha Marble

Minuman yang 'instagram-worthy' daripada tekstur marble yang cantik dan dihasilkan dengan campuran dan jalinan yang sangat baik, kuatkan perisa dari serbuk matcha pada susu yang kaya lalu terhasillah rupa yang halus dan seakan sutera. Tahap kemanisan mengikut citarasa anda, minuman ini diakhiri dengan lapisan buih susu Gong Cha yang pasti akan buatkan korang nak lagi! 


Chocolate Marble

Bagi yang lebih menggemari minuman yang lebih ringkas, pasti perlu cuba yang ini. Perisa coklat yang pahit dan manis bercampur baur dalam buih susu yang berkrim. Ini pastinya menjadikan penutup yang menarik dan menyegarkan selepas sesebuah hidangan yang baik, terutamanya kepada yang lebih suka pencuci mulut yang ringan.



Strawberry Marble

Terpesona dengan percikan kemerahan di sebalik putih dengan sedutan Strawberry Marble yang pastinya bernilai untuk dipaparkan di media sosial... atau lebih lagi. Ciptaan ini pastinya lebih sedap apabila diakhiri dengan buih susu Gong Cha, lalu menghasilkan rasa yang menyengat dan seperti red velvet, teh susu strawberi.




Bagaimana Untuk Beli dan Tebus?

Terliur tak dengan minuman ni semua? Kalau terliur, jom dapatkan Shopee x Gong Cha Marble Series yang eksklusif di aplikasi Shopee melalui Food & Service Vouchers yang tertera di aplikasi, mulai sekarang hingga 4 April.

Dah beli? Tebuslah voucher tersebut di mana-mana outlets Gong Cha terdekat sebelum 15 April! Kalau terlepas untuk pembelian di aplikasi Shopee pada 4 April, jangan risau! Korang masih boleh dapatkan di outlet Gong Cha seluruh negara mulai 5 - 15 April dan bayar hanya menggunakan ShopeePay.

Harga asal untuk minuman ini adalah RM 12. Tapi, korang boleh dapatkan dengan potongan harga sehingga 50% pada harga RM6 sahaja untuk tarikh istimewa ini: 18, 22, 24, 27, 31 Mac dan 2 & 4 April melalui aplikasi Shopee.

Tambahan lagi, jangan lupa untuk masukkan kod promosi ' GC44 ' ketika pembayaran di Shopee menggunakan ShopeePay untuk dapatkan 30% coins cashback sehingga 500 coins (bersamaan dengan RM5).

Tambahan tawaran ShopeePay yang boleh didapati di outlet Gong Cha hari ini!

Mulai sekarang hingga 31 Mac, peminat Gong Cha akan dapat menikmati cashback segera sebanyak RM4 dengan perbelanjaan minimum serendah RM10 sahaja. Ini hanya layak untuk diperoleh sekali sahaja sepanjang tempoh kempen.


Promosi minuman ini hanya untuk tempoh terhad. Jadi, tunggu apa lagi? Jom sekarang!

You May Also Like

0 comments