Drama Korea: Yumi's Cells (2021)

by - Wednesday, October 06, 2021

YUMI'S CELLS



Drama: Yumi's Cells (English title)

Hangul: 유미의 세포들

Pengarah: Lee Sang-Yeob

Penulis: Lee Dong-Gun (webtoon), Song Jae-Jung, Kim Yoon-Joo, Kim Kyung-Ran

Network: tvN, TVING, IQiyi

Jumlah Episod: 14

Tarikh Siaran: September 17 - October 30, 2021 (Jumaat dan Sabtu) 

Barisan Pelakon: Kim Go Eun, Ahn Bo Hyun, Choi Minho, Lee Yoobi dan lain-lain.


Sinopsis:

Drama yang diadaptasi daripada webtoon, Yumi's Cells menampilkan gandingan pertama Kim Go Eun dan Ahn Bo Hyun. Bagi yang kurang mengenali, Kim Go Eun merupakan heroin baru drama Goblin, manakala Ahn Bo Hyun pernah memegang watak antagonis dalam drama Itaewon Class.

Kim Yumi (Kim Go Eun) merupakan seorang pekerja office biasa. Dalam masa yang sama, dia memendam perasan pada seorang junior di tempat kerjanya, Chae Ugi (Choi Minho). Di tempat kerjanya, Ugi sangat baik dengannya dan mengesyaki yang Ugi juga menyukainya. Pada suatu hari, mereka berdua makan bersama-sama dan Yumi berhasrat untuk meluahkan perasaannya namun Ugi juga meluahkan yang dia juga memendam perasaan pada orang lain di tempat kerjanya tetapi bukan seorang perempuan.  


Belum sempat Yumi meluahkan perasaan, Ugi mencadangkan untuk Yumi keluar blind date bersama kawannya, Woong (Ahn Bo Hyun). Dalam keadaan yang patah hati akibat direject secara halus oleh Ugi, Yumi terus bersetuju untuk hadiri blind date tersebut. 

Pada pertemuan pertama mereka, perasaan Yumi sangat bercampur baur kerana tujuan utama dia setuju dengan blind date tersebut untuk menjaga hati Ugi. Namun, kebaikan Woong menampakkan keyakinan pada Yumi untuk teruskan dengan hubungan mereka. Selepas beberapa pertemuan, mereka officially dating haa gituu.


Bertepatan dengan tajuk drama Yumi's Cells, drama ini gabungan kehidupan manusia dan keadaan cell dalaman yang merupakan kartun. Bahagian ini yang menambahkan lagi menarik. Dalam diri Yumi, beribu-ribu sel yang wujud dan bereaksi, namun pada awal drama, sel cinta dilanda koma di hospital, namun telah sembuh setelah mengenali Ugi dan Woong. Selain itu, ada banyak lagi sel lain seperti sel emosi, lapar, nafsu, anxiety dan banyaak lagi. 

Dalam ramai-ramai manusia yang ada dalam drama ni, cuma sel yang ditunjukkan adalah sel milik Yumi dan Woong sahaja. 


Pendapat Peribadi

Plot cerita yang biasa sahaja. Agak cliche. Barisan pelakon semua best. Kombinasi kartun dan manusia tu yang melainkan sedikit. Kewujudan kartun sel menambahkan perasa dalam plot drama ni. 

Rating aku 7/10 sebab aku baru tonton sampai episod 5 dan drama ni pun masih ongoing, jadi aku harap ada la twist yang menarik lagi pada episod yang akan datang. Dan katanya second lead actor nanti akan ada kemunculan Jinyoung GOT7, tapi sampai sekarang belum muncul lagi. 

Kalau korang tengok drama ni dekat IQiyi, langganan percuma sehingga episod 5 sahaja. Episod seterusnya kena ada VIP pass. 

Saksikan behind the scene di Youtube:






You May Also Like

5 comments

  1. comel la! nak tgk la nanti...haish watch list makin panjang ni hahah

    ReplyDelete
  2. saya pun peminat cerita korea jugak. kalau sudi follow la blog saya satu lagi ni https://foreveryuslina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nak try tengok juga sebab rating bukan main tinggi untuk drama ni.

    ReplyDelete