Lama Tak Baca Surat Khabar, Sekali Beli 3

by - Sunday, September 27, 2020



Salam Hari Minggu! Pagi tadi tetiba rasa macam nak baca surat khabar fizikal. Kedai runcit dekat rumah ni dah tak dijual surat khabar. Jadi, tadi pergi jauh sikit semata-mata nak dapatkan surat khabar ni. Mula-mula nak beli Berita Harian tapi dah habis. Fuh awalnya habis! Baru pukul 8 kot. Sembang la kejap dengan tuan kedai tu. 

Rupa-rupanya, baru aku tahu kenapa kedai runcit dekat rumah aku dah tak jual surat khabar. Kalau dulu-dulu 'paper' yang tak laku untuk satu hari tu boleh dikembalikan kat syarikat surat khabar tu tapi sekarang ni kalau tak laku, tuan kedai tu lah kena tanggung rugi tu sendiri. Tuan kedai tu ambil untuk setiap jenis surat khabar tu dua je sebab kalau tak laku pun tak la rugi teruk sangat. Aku pun terus ambil paper Metro dengan Star. 

Lepas lalu kedai lain baru jumpa BH Ahad. Terus beli lagi. Sekali tiga. Baca ke tak baca? Haa anggaplah paper hari Ahad ni merangkumi untuk seminggu hahaha. Tadi sempat selak sekali lalu baca tajuk atas je lepas tu macam tak sempat nak teliti isi artikel semua. Akan kucuba habiskan semua. 

Sekian. Esok dah Isnin! Bye!

 

You May Also Like

5 comments

  1. Abe kie beli paper hari jumaat n sabtu je. Old school jd kena gak baca yg bercetak sbb nak ada feeling tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau kat rumah mak, akan ada orang hantar setiap hari jumaat. Hari2 lain beli kat petrol station je.

    ReplyDelete
  3. skrg ni susah nak cari paper.... sbb smua pakai online kan

    ReplyDelete
  4. paper ni multifunction, selain banyak info, boleh guna buat lapik. hehe

    ReplyDelete
  5. Selalu memang akan beli , sebab abah dgan along suka baca . Paling best metro rasanya .

    Baru tahu pasal owner kena tanggung rugi alahai siannya :(

    ReplyDelete