Cubaan Pertama Minuman Starbucks Selain Kopi (Mango Matcha)

by - 10:16:00 AM

 Semalam 9.9 Sale kan? Hahah korang shopping apa je tu? Alhamdulillah aku masih beringat lagi nak jimat. Ikutkan nafsu ni nak je borong kat Shopee tu tapi aku nak kena simpan duit nak beli phone baru lagi ni. 

Sebabkan semalam aku cuti, jadi keluar la kejap mana-mana. Dekat-dekat je lah pun sebab harini banyak masa habis qadha tidur je. Nampak posting kat Facebook yang ada satu Family Mart outlet baru buka dan dekat je dengan rumah tapi dah tentu ramai giler lagi pun kawasan tu first outlet dan hari pertama launch pulak. 


Jadinya jumpa posting pasal Starbucks punya air harga RM9.90 dari pukul 5 hingga 8 malam je. Terus pecut pergi Starbucks. Ingatkan ramai, rupanya kosong je Starbucks Penang Sentral ni. 

Bila tengok balik air apa je yang RM 9.90 tu, aku pun macam "ohh patutla tak ramai.." sebab antara minuman yang termasuk dalam promosi tu pun cuma ni je:

✨ Oolong Jelly Matcha Royale
✨ Tropical Triple Citrus
✨ Mango Matcha Freeze
✨ Berry Hibiscus Cold Brew
✨ Caramel Sweet Corn Frappuccino
✨ Fantasy Tail Frappuccino
✨ Coffee Jelly Frappuccino

Pastu macam okey lah nak try Fantasy Tail lah yang ada ikan tu. Hampa sekali lagi, yang ada kat outlet Penang Sentral ni 4 yang atas tu je. Fantasy Tail tu tak ada kat situ. Tanpa ragu-ragu, aku terus pesan Mango Matcha sebab aku pun memang suka apa-apa yang berkaitan mangga. Tapi tak perasan yang matcha tu sebenarnya green tea haha. Aku dah tak berapa suka sangat green tea ni.


Harga asal air ni RM18 kot kalau tak silap. Jadi murah banyak jugakla dari harga asal.

Inilah rupa Mango Matcha tu. Pada sedutan pertama terus tersedut matcha tu. Pahitnya!
Lepas tu aku cuba kacau mango dengan matcha tu dan rasa pahit tu lama-lama tenggelam. Sampai lah aku cuma boleh rasa part mango tu je. Baru ada rasa sedap (sikit..) dan lepastu mango tu manis sangat pulak.

Sebab takmau membazir, aku habiskan jugak. Personal rating aku bagi 4/10 je. Kecewa. Lepas ni aku teruskan minum kopi jelah kat Starbucks ni.

You May Also Like

5 comments

  1. wow!thanks sharing .. i wanna try this too

    ReplyDelete
  2. Ramai gak komen tak best mango tu. adakah tu sebab Starbucks bagi offer. huhu

    ReplyDelete
  3. wah menarik tapi sis tak reti la nak order air kat starbucks..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Takpernah cuba lagi any Starbucks drink, taktau lah bila nak try. But wow mango and matcha, kalau mango tea pernah lah dengar :')

    ReplyDelete
  5. hahahaha tak berani nak try selain kopi sebab pelik sangat rupa dia. Haritu ada beli corn green tea ke apa entah, not bad la terasa jagung dia

    ReplyDelete