Miracle in December

by - Tuesday, December 01, 2020

Assalamualaikum. Hehe post ni bukan berkenaan lagu kpop EXO tau walaupun boleh tahan sebak bila dengar lagu EXO ni pun walaupun tak faham. Sekadar coretan mengucapkan selamat datang ke bulan terakhir tahun Masihi 2020, iaitu Disember. 


Betul lah tahun ni banyak rancangan yang tak menjadi. Banyak azam terkubur. Banyak juga makan dari biasa (tiba). Duduk berdiri tiba-tiba dah bulan 12. Kalau dulu, bulan ini paling best sebab cuti panjang dan banyak juga la perkara yang tak tertunai lagi ditunaikan pada bulan ini.

Tetapi sejak pandemik melanda, segalanya pun berubah. Azam bulan April dulu pun masih belum tertunai. Apa pun, sebagai umat manusia biasa. Kita kena tabah dan redha dengan apa jua yang berlaku. Dah nak masuk 2021 dah. Umur pun dah nak 23 dah. Sekejap je dah besar haha. 

Dengan berbaki sebulan di bulan ini, diharapkan tak ada lagi stress tekanan dan teruskan ceria dalam menempuh kehidupan. Semoga segala-galanya dipermudahkan baik untuk semua mahupun untuk diri sendiri. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. 


Doa-doakanlah seorang Aiman ni mampu menyiapkan segala tugasan dalam berkeadaan online sekarang ni. Doa-doakan jugak Aiman kurus haa tiba lagi. Doakan jugak supaya murah rezeki untuk mencapai apa yang dihajati. Semoga segala doa ini berbalik kepada si pendoa. Amiin. Let's fighting for the last month! 

You May Also Like

9 comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan, Aiman. Memang tahun ni agak mencabar.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa, aku rasa manisnya tahun 2020 ini dalam 3 bulan je. Lepas tu aku tak tahu aku buat apa.Tiba tiba dah december. HAHAHAHAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann hahahaha disember ni pun taktau la sempat rasa manis ke tak ni

      Delete
  3. moga2 sebulan yang tinggal ni diisi dengan penuh manfaat..

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya melaksanakan azam thn 2020 ni bairpun kekangan PKPB...

    ReplyDelete