Tukar Pelan YES dari Shopee Pulak, Lagi Berbaloi

by - Saturday, February 13, 2021

Assalamualaikum

Sebelum ni aku pernah kongsi mengenai aku pakai pelan Hotlink Unlimited di posting ini. Selepas beberapa bulan, aku rasa yang unlimited tu sebenarnya tak betul-betul unlimited pun dengan kelajuan yang diberi. Bila malam je, line jadi lambat giler (saing-saing Umobile ni haha). Bukan tu saja, tiba 21 ke 22 hari bulan, mesti akan dapat notifikasi yang katanya had kelajuan dikurangkan. Sebenarnya dia kurangkan tu dah jadi macam data asas dah. Lagi la slow, terpaksa beli data harian atau mingguan pulak. Jadi, aku simpulkan yang sebenarnya tak berbaloi sangat.




Sehinggalah Shopee memperkenalkan kolaborasi dengan YES! Bulan 1 haritu aku dapat tahu yang YES bagi percuma 10GB data untuk bulan tu. Jadi, aku pun terus la tukar ke YES. Sim kad tu harganya RM1 saja dan dapat lagi percuma 10GB. Kiranya aku dapat 20GB untuk bulan lepas. Selepas sebulan aku pakai, aku puas hati juga lah dengan prestasi YES ni. Tak la laju sangat tapi laju lagi la daripada Hotlink (tapi yang ni kena tengok coverage area jugakla)

takla laju sangat tapi boleh la layan tiktok tanpa buffering hehe


Untuk bulan 2, aku dapat percuma sebanyak 5GB data. Rupanya, bagi setiap pembelian di Shopee sebanyak RM50 bersamaan dengan 5GB data pada bulan seterusnya. Contohnya, aku belanja RM60 pada bulan Januari, aku akan dapat data percuma sebanyak 5GB pada bulan Februari. Dia cuma datang dalam gandaan 5 sahaja. 

aku memang guna semata-mata untuk Internet je, tak topup pun 

Waktu jualan Huat Deals 2.2 haritu, aku beli lagi sim baru dengan RM1. Aku cuba je daftar lagi sekali dengan telefon lama aku. Tak sangka boleh guna, ingatkan satu IC untuk satu nombor je (aku taktau ni baik ke tak huhu)

Kebetulan, kakak aku dapat 40GB data sebab dia banyak beli barangan bayi. Dan dia pun tak pakai sim YES, dia pun bagi kat aku. Cumanya untuk tebus data percuma ni, kena masukkan ID shopee sekali dan maksudnya, kalau nombor kedua aku tu dah pakai kod dari kakak aku, lepas ni memang boleh tebus dekat nombor aku jelah. 

Ni contoh yang Shopee bagi kat kakak aku. 

Macam contoh dalam gambar atas ni, yang aku tutup warna merah tu adalah kod dia. Mula-mula kena install apps YES, dan lepas dah daftar nombor apa semua, masukkan je kod tu. Haa dapat extra data! Untuk sim kad pulak, memang setiap RM1 yang kita beli tu, akan disediakan dah 10GB Internet dalam tu.

Aku pakai ni untuk guna Internet je. Untuk call, mesej dan urusan rasmi, aku masih guna nombor Hotlink tu lagi. Ni macam backup je. Masalah sekarang, aku cuba daftar akaun Shopee dan Foodpanda baru yang perlu pengesahan nombor telefon kan, aku masukkan la nombor YES ni, tapi mesti keluar 'invalid number'. Tu je masalah sekarang, yang lain okey saja. 

Kalau berminat jugak, join je group Facebook ni diorang selalu kongsi voucher baru Shopee, Lazada dan banyak lagi. Ada jugak yang bagi dan jual data ni dengan harga yang murah dalam group ni >> Lazada Shopee Malaysia Voucher (FREE)

You May Also Like

9 comments

  1. tak pernah tukar dari mula guna ada handphone mmg guna prepaid hotlink, kemudian tukar ke postpaid maxis. sampai sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya sebab kawasan rumah saya ni jugak hotlink slow sikit.. tapi tulah sayang nak tukar Hotlink, pakai Yes ni buat backup je hehe

      Delete
  2. Abe kie pakai unlimited hotlink sbb line laju n liputan luas. Yes tu ada beli sbg backup je.

    ReplyDelete
  3. Baru Encik Laki cuba beli dari Shopee juga tadi. Harap berbaloi laa. Sebab Aien pun dapat noti dr shopee untuk claim YES punya tu. hehe

    ReplyDelete
  4. ramai tau cakap simcard ni laju..anak buah ada pakai die pon cakap best

    ReplyDelete
  5. persaingan ketat antara lazada dan shopee, beli barang jadi lebih mudah

    ReplyDelete
  6. nampak macam berbaloi juga plan dia tapi tak tahu ada coverage ke tidak kat kawasan saya.

    ReplyDelete