Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CU Mart yang berasal dari Korea Selatan kini makin meluas ya di seluruh Malaysia. Tidak lepaskan peluang, Pulau Pinang pun sekarang dah ada 3 outlet dah. Bahagian Seberang Perai ni pulak dah ada 2, satu di Seberang Perai Utara (Raja Uda) dan satu lagi di Seberang Perai Tengah (Taman Pauh Jaya). 


Aku sebagai peminat makanan Korea pun tak ketinggalan mencuba beberapa menu dekat situ. Aku dah pergi kedua-dua outlet di Seberang Perai ni sebab dekat sangat dengan rumah aku. Dalam 5-10 minit dah sampai. 

Landmark Taman Pauh Jaya ni betul-betul berhadapan Mydin BM. Sederet dengan Family Mart, Starbucks, ZUS Coffee dan banyak lagi. Manakala landmark Raja Uda pulak berdekatan dengan Starbucks Raja Uda DT. 



Halal ke makanan dekat sini? Yes! Makanan yang dimasak di situ semestinya halal. Makanan yang dalam pack tu jelah korang kena perhati betul-betul bahan dia. Risau kalau ada bahan yang tidak halal. 

Hari pertama aku pergi outlet Taman Pauh Jaya dan dapat grab dua makanan je.

1. Tteokbokki Hot&Spicy (RM 7.99)


 Tekstur rice cake memang kenyal lembut elok. Sos pedas dia pun tak pedas sangat. Yang aku beli ni plain je tanpa extra cheese. Aku bagi 8/10. Recommended.

2. K-Pop Idol Sandwich (RM 5.59)


Kombinasi agak pelik tapi benar. Sandwich dengan telur hancur dan ditambah pula dengan jem blueberry. Tapi bagi aku not bad jugak. Aku bagi 6.5/10. Boleh la kalau nak cuba-cuba.

Hari kedua, aku pergi outlet Raja Uda pulak. Aku beli tiga makanan macam kat bawah ni.



1. Rose Tteokbokki (RM 7.99)

Tekstur tteokbokki sama ja dengan Hot&Spicy. Rasa rose ni macam cheesy gitu. Bagi aku, biasa-biasa ja dan aku lagi prefer Hot&Spicy punya. Aku rate 7/10.

2. Strawberry Shortcake Trifle (RM 6.29)

Trifle dia sedap! Lembut elok. Rasa pun manis tapi tak manis sangat. Cuma agak mahal sikit la dengan portion dia macam agak sedikit. Aku rate 9/10.

3. K-Cheezy Corn Sausage (RM 8.99)

Basically ia adalah Corndog. Tepungnya agak tebal. Jadi agak muak bila makan tu. Dan cheese dia pun biasa-biasa saja. Mengenyangkan la sebab penuh tepung tu. Aku boleh bagi 4/10 je. 



Konklusinya, vibes mart ni best! Kalau aku pergi lagi dengan member ke sesiapa ke memang akan dine in kat situ. Sebab aku pergi sorang itu yang take away je. Lagu yang dipasang dekat kedai pun best. Banyak la sikit variasi lagu yang dipasang tu, bukan mainstream K-pop je. 

Akan datang lagi? Pasti! Tapi tak boleh selalu la, bankrupt nanti haha :D

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama rasanya tak update apa-apa kat sini. Kisahnya nak update jugakla harini setelah selesai bayar saman guna aplikasi MyBayar Saman 



Sebenarnya tak terkejut pun waktu mula-mula semak tu sebab dah dapat surat layang dekat motor haritu lepas parking depan mall. Ingatkan situ tempat parking sebab berderet motor parking, tengok-tengok semua motor kat situ pun sama dapat surat layang jugak haha.

Saman tu dikeluarkan bulan 8 haritu. Dah lama nak pergi bayar tapi buat rilek dulu haha lepastu keluar pulak berita kata ada diskaun, aku pun terus cek nak tengok berapa ringgit samannya tu. Rupanya RM50 sahaja. Selepas diskaun ni, kena bayar RM30 sahaja. Okeylah tu kurang RM20, boleh buat beli starbucks hehe


Aku install apps tu dari hari Sabtu lagi tapi asyik connection failed je sampai dah give up. Tiber tempoh diskaun dilanjutkan sehingga 15/12 esok (Rabu). Hari Isnin terus cuba, dari mula nak daftar pun lama ye gais. Asyik lost connection, pastu nak set password pun berjam-jam sebab ada beberapa kriteria kena ikut. Aku dah ikut semua kriteria tu rupanya kena tambah nombor jugak dalam kata laluan tu. Baru boleh.


Dah selesai daftar, terus cek. Alhamdulillah ada satu saman tu je. Lepastu terus bayar lah. Proses nak bayar ni nasib baik agak cepat. Dalam 5 minit dah siap! Aku guna Online Banking. 


Dah siap bayar apa semua tu, total outstanding summon(s) yang sebelum ni ada 1 tu dah menjadi 0. Yeay rekod dah bersih balik haha. Jangan risau, aku tak pernah lagi nak kena speed trap sebab aku memang tunggang motor dengan cermat haha *angkat bakul*.

Okey dah. Saman korang banyak mana tuu?
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Ahad lepas (14 November), satu famili aku pergi ke Pulau Aman demi mencari makanan laut segar dari laut dengan vibe tepi laut haha. 


Okey, bagi yang tak tahu, Pulau Aman ni sebuah pulau kecil di Pulau Pinang. Satu-satunya cara untuk ke Pulau Aman ni dengan menaiki bot dari Jeti di Batu Kawan. Kiranya tak perlu merentas ke belah pulau (island), sebab Pulau Aman ni terletak di sebelah Seberang Perai Selatan ja.


Disebabkan aku datang hari Ahad, memang ramai giler orang datang weh. Tapi tak la sesak ke apa. Cuma untuk nak parking kereta tu agak jauh sikit la nak ke jeti. Dekat kawasan jeti, ada je orang berniaga makanan. Kalau taknak sesak, boleh cuba makan kat situ. Aku tak pernah lagi makan kat jeti ni.


Sebelum naik bot, dekat jeti tu banyak sikit monyet. Hati-hati sikit kalau bawak makanan tu. Anjing pun banyak, tapi anjing kat sini behave je. Tak ada lagi yang nak kejar ke apa.


Sampai je kat hujung jeti, nanti akan ada orang jaga kat situ. Diorang akan suruh scan mysejahtera dan nak tengok bukti fully vaccinated tu. Sebab katanya kadang-kadang polis ada buat rondaan, jadi kalau kau tak vaksin tapi ada kat situ, tak pasal-pasal kena saman. 


Harga tiket seperti yang tertera dalam gambar kat atas ni. RM8 untuk dewasa, pergi dan balik. Dan kanak-kanak RM4. Kalau kanak-kanak 6 tahun ke bawah, percuma! Dekat situ korang boleh tengok jugak waktu operasi bot tu. Mulai jam 8 pagi dan trip terakhir pukul 7 petang. Malam-malam memang bot tak jalan ye. 


Bayaran untuk bot tu akan dikenakan selepas korang sampai di Pulau Aman tu. Kiranya sampai ke jeti Pulau Aman tu baru disediakan booth tiket dan selesaikan proses pembayaran. 



Setibanya aku dekat Pulau Aman tu, kami ronda-ronda dulu di perkampungan di situ. Seperti kampung biasa, ada masjid, ada sekolah dan rumah-rumah kampung biasa. Makanan yang popular di situ selain seafood, ada jugak mi udang yang sememangnya padu dan segar. 

Kalau korang nak bermalam di situ, juga terdapat banyak chalet yang disediakan. Anggaran harga sebuah chalet untuk satu malam dalam RM150-RM200. 

Selesai buat rondaan separuh jalan, kami survey beberapa restoran di situ. Sebelum ni kami makan di restoran yang betul-betul lepas sampai di jeti tu, tapi kami nak cuba restoran lain jugak, kot-kot lagi berpatutan. Tetapi, setelah dinilai, restoran depan jeti ni jugak la yang paling mesra rakyat dan berpatutan. 


Selepas pilih ikan daripada akuarium diorang, dalam sejam macam tu, terhidanglah makanan kitorang. Tak sempat nak tangkap gambar semua, tetapi yang wajib cuba adalah siakap 3 rasa! Padu beb! 

Antara makanan yang kami pesan: Nasi putih, ikan siakap 3 rasa (2 ekor), ikan siakap stim (1 ekor), telur dadar (3 biji), sayur goreng, kerang bakar, makanan semua ni dengan minuman untuk 9 orang dewasa dengan 6 orang kanak-kanak, jumlah harga cuma RM282 sahaja. Berbaloi bagi aku. Yang penting tak cekik darah ye siakap kat sini hahaha

Selesai makan, kami pergi solat Zuhur dahulu dan seterusnya pergi island tour macam gitu. Island tour tu korang kena tanya sendiri abang-abang yang bawak bot tu. Untuk island tour tu bayarannya RM200. Kami dibawak pusing sehingga bawah jambatan kedua. Lepastu pusing-pusing Pulau Aman. Untuk tangkap gambar dan feeling-feeling hilang stress, sangat recommended! Abang bot tu pun friendly. 

Habis island tour, bot memang akan turunkan kitorang di Batu Kawan terus. Jadi, tak perlu la nak tukar bot dah. 


Selesai di Pulau Aman, pergi Ikea Batu Kawan pulak. Dalam 5-10 minit dah sampai dari jeti. Sekian.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


 Assalamualaikum,

Kalini nak join GA dari Lady Dini pulak. Sempat lagi ni kalau nak join. Berakhir Khamis ni ye, 18 November. Jom join jom! 

Ada hadiah special tu untuk 3 orang pemenang menanti! Jom join!

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Segmen 24 Jam Bloglist #42 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2021 di MiaLiana.com bermula pada 2.00 petang 4/11/2021 sehingga 2.00 petang 5/11/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #42 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 November 2021.

** jom support Mia Liana....

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    Ramai Pelajar Cemerlang Tidak Mampu Melapor Diri ke IPT
  • Syazni Rahim Blog
    Pertama Kali Try Bumbu Babah Senawang
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates