Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah lepas seminggu dapat passport terus pergi Hatyai ya. Tempat 'hot' rakyat Malaysia sekarang ni, sentiasa penuh dengan orang Malaysia. Hatyai ni aku rasa satu tempat yang sangat mesra poket, senang cari makanan halal dan agak senang untuk berkomunikasi di sini.



Disebabkan ini pertama kali aku keluar dari Malaysia, aku tak berani la nak solo travel lagi. So, aku pergi dengan emak aku, totally public transport dan jalan kaki sahaja. Syukur emak masih kuat nak jalan-jalan kaki ni walaupun usia dah 63 tahun ni. 



Dari Butterworth, kami naik komuter ke Padang Besar. Sebelum nak ke stesen tu, aku sarankan semak jadual perjalanan KTM tu dulu di website KTMB supaya jimat masa menunggu. Perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar ambil masa dalam 1 jam 50 minit. Kami sampai ke Hatyai dalam pukul 10.30 macam tu, dan tren dari Padang Besar ke Hatyai cuma ada pukul 9.55 pagi sahaja (waktu Malaysia) dan 4 petang nanti. Tapi ada alternatif lain iaitu naik VIP minivan yang mana akan dihantar terus ke hotel korang.

Di Padang Besar, kami terus ke booth minivan tu, ye walk-in je. Bayar RM30 seorang dan isi white card untuk kegunaan di Imigresen Thailand nanti. Stesen KTM ke ICQS Padang Besar tak jauh mana, dalam 5 minit dah sampai. Di ICQS nanti perlu lalu dua imigresen, iaitu Imigresen Malaysia dan Thailand. Di situ tak ambil masa lama pun, sebab tak ramai sangat walaupun hari Sabtu. Dalam 10-15 minit dah siap dah untuk semua penumpang dalam van tu. Mungkin sebab waktu kami sampai tu tak ramai orang, van pun dalam 3 buah je.



Siap je semua urusan imigresen, van tersebut teruskan perjalanan ke hotel penumpang-penumpang dalam tu. Perjalanan dari border ke Hatyai dalam sejam. Banyak ye traffic light kat Hatyai ni, itu yang buat perjalanan jadi lama tu tapi pemandu dekat sini tenang belaka tak seperti di Malaysia. Penunggang motorsikal pun tak pakai helmet (tak pasti dengan peraturan jalan raya dekat Thailand macam mana).

muka stress lepas tahu harga Grab 2 kali ganda murah dari tuktuk dan lagi sejuk hahaha

Disebabkan masih awal untuk check in, kami minta pemandu van untuk turunkan kami di Lee Garden. Dekat situ ada banyak kedai-kedai makan tapi kena pandai cari lah yang mana murah dan sedap dan Halal. Kami pun tak pasti yang mana yang penuhi kriteria tu sebab kami pun main redah je. Dekat Lee Garden, kami cuma pusing-pusing je tanpa beli apa-apa. Dekat luar tu banyak Tuk Tuk yang menunggu, saranan aku kalau pergi kurang dari 4 org, lebih baik naik Grab sebab jauh lagi murah. Tetapi untuk merasakan pengalaman naik tu, kami pun naik la. Menyesal sikit sebab panas weh naik tengahari dengan banyak traffic light lagi. 

dalam satu kawasan hotel ada 3 lagi hotel sub dia

Kami menginap di TTT Hotel yang mana dekat jugak dengan Asean Night Bazaar tapi ke dalam sikit. Dan yang paling best sebab 7 Eleven betul-betul depan hotel. Dan kawasan tu tak terlalu sesak sangat, cari makanan kat 7E pun tak sesak. Lepas berehat sekejap dalam hotel dan dalam pukul 3 macam tu, kami teruskan ke Khlong Hae Floating Market. Kalini naik grab ja sebab agak jauh dari hotel tapi Grab masih murah la berbanding Tuktuk. 


Dekat Floating Market tu kami makan ringan-ringan dan beli snack sikit-sikit. Bagi aku, makanan kat sini tak berapa sedap sangat. Tapi boleh la buat rasa-rasa. Selepas lebih kurang 2 jam kat situ, kami ke Asean Night Bazaar pulak. Sebabkan kami sampai Asean Night Bazaar dalam pukul 5 lebih, tak semua kedai buka lagi. Sekadar jalan-jalan sahaja dan teruskan ke Greenway dengan berjalan kaki. Dekat sini makanan dia nampak lagi menarik tapi kami tak makan pun sebab di Greenway guna sistem kad yang kena reload tu, dan kami pun tengah agak kenyang waktu tu. 

antara makanan yang kami makan kat floating market 

Kami berjalan lagi dari Greenway ke Hotel yang agak-agak dalam 800 meter. Memang penat tapi best sebab boleh tengok kampung-kampung, kedai-kedai tepi jalan dengan lebih dekat. Pengalaman yang tak ternilai. Sebelum masuk bilik, singgah ke 7 Eleven dulu untuk beli jajan ringan. Asalnya macam agak penat tapi macam tak puas la kalau tidur dalam bilik je, lepas Maghrib kami kembali ke Asean Night Bazaar (naik Grab la ye) untuk beli cenderahati sikit. Bagi aku harga kat sini tak la murah sangat-sangat tapi okey la. Sambil beli makanan sikit untuk jamah kat bilik nanti.

Asean Night Bazaar 

Dalam pukul 10 malam macam tu masing-masing dah penat dan terbaring tapi dalam pukul 12 baru masing-masing terlelap. Keesokan pagi tu, pukul 10 pagi terus check out dan terus ke Kim Yong Market untuk beli kacang. Bagi aku kat sini lebih berbaloi sebab boleh tawar menawar dan boleh compare harga dengan kedai yang lain. Dekat sini jugak kami makan sarapan di warung sebelah tu. Pulut Ayam dengan Nasi tu serius sedap gile. Nanti mesti repeat punya. Ayam dia sedap teruk. 


Masuk watson jap sebab nak rasa aircond tapi ada clearance stock pulak. Memang ambik la, murah-murah jugak dan yang penting Watson sini masih boleh guna kad Watson Malaysia kita punya tu ya. Lepas tu jalan-jalan dekat pasar tepi tu. Buah-buah pun banyak, mak aku beli durian dia. Sedap jugak tapi aku tak makan sangat, so aku jamah sikit je. Harga 140 bath untuk 5 ke 6 ulas macam tu.


Lepas dah jalan kat situ sampai lah ke Lee Garden tu, kami decide nak balik tapi emak aku nak cuba naik train yang open air tu. Dekat je dari Lee Garden tu tapi sebab beg kami berat gile, naik Grab jugak la. Akhirnya kami bersidai la dekat Hatyai Junction tu 2 jam. Sebab tren jalan pukul 2 petang. Memang best weh naik tren ni sebab cuaca pun redup waktu tu. 


Dalam 55 minit sampai lah ke Padang Besar. Di Padang Besar baru la aku faham erti beratur gais, dekat sejam jugak la beratur kat imigresen Thailand tu sebab ramai orang (mungkin sebab hari Ahad kot?) Nasib baik urusan imigresen tu habis sebelum tren komuter Padang Besar ke Butterworth berlepas. 

Hatyai - will be missed tapi pasti datang lagi sebab tak jauh dari Penang dan murah-murah dan makanan sedap-sedap

Petang tu sampai ke Butterworth pukul 7 petang. Dan berakhir lah perjalanan tiba-tiba kami kalini. Best dan tak puas sebab rasa macam plan tak betul-betul lagi, dan gambar pun banyak macam terlepas tak ambil dan rakam. Lain kali nak datang lagi untuk makan dan pusing sampai puas. Moga murah rezeki. Untuk bajet dan kos semua aku akan cerita dalam post yang lain, InsyaAllah.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ini aku nak kongsikan sedikit panduan untuk menukar pelan Hotlink atau Maxis dari Postpaid ke Prepaid. Ini berdasarkan pengalaman aku sebab kontrak postpaid untuk nombor telefon kedua aku baru je tamat, so aku terus tukar ke prepaid balik sebab tak guna sangat nombor tu.

Pada pengetahuan aku, untuk nak tukar pelan ni boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu terus ke Maxis Center atau melalui telefon terus ke Customer Service dengan dial 123.

Pada awalnya aku pergi ke Pusat Maxis di Lotus's tapi staf situ macam tak boleh nak uruskan, mungkin kena pergi ke Pusat Maxis yang betul-betul pusat la kot (yang biasanya lebih besar). Tapi nak lagi senang, dial je 123 dan terus cakap dengan HQ customer service.

Selepas dial 123, ada beberapa pilihan untuk dipilih seperti yang diberi oleh operator automatik tu. Kat sini pilih je pilihan untuk bercakap dengan staf IVR (lebih kurang macamtu). Tekan *.

Part yang tricky kat sini, operator automatik tu akan kata "Trafik panggilan agak tinggi, boleh teruskan urusan dengan melalui Whatsapp." Pada awalnya aku pilih untuk Whatsapp tetapi pilihan kat Whatsapp macam tak ada untuk downgrade pelan. Jadi, teruskan cakap dengan operator tu walaupun dia kata trafik tinggi, sebab tak sampai 30 saat pun aku pilih untuk bercakap terus dengan staf dah disambungkan terus. 

Semasa bercakap dengan staf tersebut, soalan pertama:

Apa tujuan encik telefon kami ya?

Lepas dah terangkan kata nak downgrade pelan apa semua, dia akan minta untuk kekal dengan pelan tersebut tapi dengan tawaran rebat 5%. Tapi aku tolak je dengan baik, bagitahu yang memang takmau guna dah nombor ni. Lepas tu ada beberapa soalan pengesahan yang diajukan:

Nombor Kad Pengenalan? Tarikh terakhir bayaran? Berapa ringgit bayaran terakhir?

Lepas soalan tersebut dah disahkan, dia akan cadangkan apa yang nak dibuat. Kat sini confirmkan balik dengan dia dan tanya apa-apa soalan yang berkaitan. Mereka akan jawab dengan baik dan terang (berdasarkan pengalaman aku la). Customer service aku bagi 10/10.

Semua proses penukaran tu ambil masa dalam 3 hari bekerja. Namun, aku punya kes selesai keesokkannya. Pantas. Selesai dengan customer service dalam 5 minit ja dan urusan semuanya selesai dalam sehari. Untuk ini aku bagi 10/10 jugak. Kalau pergi Pusat Maxis kat Lotus's tu habis masa menunggu apa semua dalam 15 minit tapi kes nya tak selesai pun. 

Okay, tamat satu tanggungan nak kena bayar walaupun tak guna sangat pun sebab dah ada nombor lagi satu yang jugak Postpaid Hotlink. Bertahan dengan nombor kedua tu sebab kontrak iPhone 2 tahun tu je hahaha. Ok bye. 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Setelah beberapa kali nak buat passport, akhirnya buat jugak. Ingatkan susah mana, rupanya senang je. Masa yang diambil pun tidaklah lama mana, tapi berdasarkan "luck" jugak sebenarnya.


Kisahnya aku saja jalan-jalan kat Komtar Ahad lepas. Tetiba ternampak Imigresen kat UTC Komtar buka, aku pun cuba nasib  kalau ada kosong lagi untuk walk-in. Nasib aku baik, aku orang terakhir yang diterima untuk walk-in haritu. Tapi aku kena datang balik pukul 2, sedangkan aku tanya tu pukul 12.30 tengah hari. Jadi, aku pun teruskan jalan-jalan kat kawasan Komtar tu dulu.


Pukul 1.45 aku pergi balik UTC, orang dah mula beratur dan nombor giliran pun dah diagihkan dah. Jadinya, terpaksa la aku tunggu 30 giliran sebelum giliran aku. Disebabkan aku tak pasti prosedur semua macam mana sebab tak rancang pun nak daftar haritu, aku tunggu jelah dari pukul 1.55 aku dapat nombor hinggalah pukul 3.40 baru aku dipanggil.


Untuk pendaftaran kali pertama, akan ada 3 kaunter yang perlu dilalui sebelum dapat passport tu. Pertama, untuk pengesahan pendaftaran dan tangkap gambar. Pengesahan pendaftaran tu, pegawai imigresen akan tanya soalan basic macam tinggi, no telefon, alamat. Dekat kaunter tu jugak, kita diarah untuk cap jari kanan dan kiri. Dan lepas tu baru dorang akan tangkap gambar kita. 

Berdasarkan pemerhatian aku, antara etika tangkap gambar tu, rambut tak boleh tutup dahi. Baju kena berkolar, baju tak berkolar wajib pakai blazer yang disediakan. Tudung warna cerah pun ada yang diarah sarung tudung hitam yang juga disediakan oleh dorang.

Selepas selesai urusan di kaunter pertama, ke kaunter juruwang pulak. Kalau di UTC Komtar Pulau Pinang, wang tunai tidak diterima. Cuma boleh buat pembayaran melalui Kad Debit/Kredit sahaja. Selesai pembayaran, pegawai kat situ akan beri arahan pukul berapa passport tersebut akan siap. 

Kebiasaannya, selepas sejam dari urusan di kaunter juruwang tu. Tapi macam kes aku, aku selesai kat kaunter juruwang tu pukul 4 dan pejabat tutup pukul 5 pada hari Ahad. Jadi, pegawai tu bagi masa keesokannya tu. Tapi kalau tak free hari biasa, nak datang minggu depan tu pun boleh. Asalkan tak lebih 3 bulan. Dan yang penting, waktu nak kutip passport tu wajib bawa slip pembayaran tu. 

Disebabkan aku tak free hari biasa, aku pun datang ambil balik passport semalam, Sabtu. Proses ambik passport cepat betul, tak sampai 5 minit. Bagi kat pegawai tu slip bayaran, pastu dia cari passport kita. Thumbprint, pastu sign2 sikit dah siap. 


 Akhirnya, passport pun dah dapat. Alhamdulillah dah boleh keluar negara. Minggu depan dapat gaji terus nak pergi Hatyai dulu. Lepas tu baru kita pergi jauh sikit. 



Passport pun dah ada baju. Beli kat Shopee je. RM15 je dan cepat ya tunggu dia siap dalam 3 hari macam tu. Macam biasa, siapa nak beli klik link ni > Passport Sleeve.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL23) dah pun dua minggu berlalu. Seperti biasa, aku pun tak melepaskan peluang untuk hadiri jugak walaupun di Kuala Lumpur sana. 

Okey harini baru teringat nak post Book Haul. Sebenarnya dah post kat Lemon8 dari 30/5 haritu, alang-alang tu mari follow akaun Lemon8 saya jugak okies > lemon8/aimansalleh



Tahun ni tak macam tahun lepas yang mana aku senaraikan beberapa buku yang nak dibeli. Tahun ni aku redah je, apa yang menarik, terus grab. Setelah penat pusing semua tingkat, aku cuma beli dari dua reruai sahaja iaitu reruai Tentang Kita dan Whitecoat.


1) Aku Di Belakangmu (Abstrakim)

Publisher: Whitecoat

Genre: Seram

Bilangan muka surat: 506

Aku dah pernah baca Introvert tulisan Abstrakim juga dari bukufixi dan memang best giler. Hampir keluar air mata dengan plot twist Introvert tu. So, untuk tulisan Aku di Belakangmu ni tak sabar nak mula baca!

Link Shopee: Aku Di Belakangmu



2) Terlalu Berharga Untuk Putus Asa (Teh Fatihah)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 186

Selain muka depan yang cantik, aku sempat selak beberapa muka surat dan aku tertarik dengan ayat-ayat dalam tulisan tersebut.

Link Shopee: Terlalu Berharga Untuk Putus Asa


3) Mencari Jalan Pulang (Muzuza)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 240

Sinopsis di belakang buku yang sangat dekat dengan diri ini membuatkan aku rasa nak baca lagi.

Link Shopee: Mencari Jalan Pulang




4) Tentang Semua Yang Melelahkan (Elhaura Masyitah)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 236

Muka depan; estetik. Self-help yang aku perlukan :)

Link Shopee: Tentang Semua Yang Melelahkan


5) Bersendiri Ke Pantai (Kamal Effendi)

Publisher: Whitecoat

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat:170

Buku ni aku dapat percuma dengan pembelian melebihi RM110. Dan yang aku teruja sebab ada muka surat berwarna juga.

Link Shopee: Bersendiri Ke Pantai


6) Tentang Dewasa (Hafizul Faiz)

Publisher: Tentang Kita

Genre: Self-help/self-love

Bilangan muka surat: 174

Ini merupakan buku tulisan Hafizul Faiz yang ketiga aku miliki. Memang selalu tertunggu tulisan baharu dari Hafizul Faiz sebab selalunya sangat related dengan keadaan sekeliling aku.

Link Shopee: Tentang Dewasa


Total lost semua buku ni masih bawah RM200, so peningkatan yang lebih baik dari tahun lepas. Ini semua sebab tahun lepas aku belanjakan lebih RM300 dan ada dalam 4-5 buah aku jual balik ke Carousell sebab tak terbaca pun buku-buku tu. 

Moga-moga buku yang kali ni aku dapat habiskan dengan jayanya. Amiin. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Reading slump. Jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu membawa maksud kemerosotan membaca. Secara ringkasnya ia adalah keadaan yang di mana kita mula rasa tidak bersemangat dalam membaca.


Sama seperti aktiviti seharian yang lain, membaca juga ada naik turunnya. Ada kalanya sebuah buku dapat dihabiskan pembacaan dalam masa sejam dan ada kala yang lain, sebuah buku boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk dihabiskan.

Hari ini aku terfikir untuk menulis bagi menjawab soalan rakan aku di Instagram berkenaan tips untuk elakkan 'reading slump'. Sejujurnya, aku pun baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia membaca ni. Maka, memang 'reading slump' ni dah sebati dah dengan aku. 

Dengan kata 'Membaca Jambatan Ilmu', 'Membaca Amalan Mulia' sahaja tidak cukup untuk menaikkan semangat untuk terus membaca. Sejujurnya, banyak aspek lain yang perlu dipertimbangkan juga seperti tujuan, masa, isi buku dan banyak lagi.

Di sini aku kongsikan beberapa tips yang aku sendiri amalkan untuk kekal semangat menghabiskan sebuah buku. 

(disclaimer: mungkin cara kita tidak sama, jadi apa yang boleh dijadikan panduan, kita ambil)

1) Pastikan tujuan membaca adalah jelas.


Ada sesetengah orang membaca untuk ikut trend, ada yang memang membaca untuk tambahkan ilmu, dan paling beruntung bagi orang yang memang dilatih dari kecil untuk membaca dan menjadi suatu hobi atau kewajipan untuk mereka untuk membaca.

Apabila kita jelas dengan tujuan kita membaca, InsyaAllah kita tak akan lari jauh dari tabiat ini. Bab tujuan ni, terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi, tanya balik diri sendiri, "kenapa aku membaca?" kerana diri sendiri sahaja yang lebih mengetahui.

2) Tetapkan Masa Membaca Yang Tidak Membebankan


Bagi aku sendiri, masa adalah perkara terbesar yang menjadikan semangat aku untuk membaca berkurangan. Jadi, aku menetapkan masa bacaan aku tetap pada pukul 8.30 sehingga 9.00 malam yakni masa tersebut memang terang-terang masa yang aku paling lapang sekali. Kalau hujung minggu, aku lebih longgar dari segi masa. Aku baca kalau aku rasa aku perlukan input sahaja.

3) Pastikan Suasana Bacaan Yang Kondusif



Sesetengah orang suka membaca sambil baring dan ada juga yang kena membaca hanya di meja belajar sahaja. Ada yang perlukan teh/kopi sebagai pendamping bacaan dan ada yang perlu kunyah keropok atau kuih juga. Jadi, bab ini terpulang kepada individu itu. Korang kena eksperimen sendiri, korang bandingkan, suasana mana yang paling efisien dalam bacaan korang.

4) Pastikan Pemilihan Genre Buku Yang Menepati Citarasa



Genre buku ni secara kasarnya ada banyaaak sangat untuk diterokai. Bagi aku sendiri, aku paling efisien untuk membaca adalah dengan genre bukan fiksyen yang lebih kepada self-help atau self-love. Ada juga orang yang menilai sesebuah buku bergantung pada penerbit atau penulis itu sendiri. 

Ini bagi mengelakkan korang cepat bosan dengan bacaan korang. Aku pernah baca buku yang dari kulit bukunya nampak menarik tetapi isinya tidak menepati dengan citarasa aku. Dan sampai sekarang buku tersebut masih menjadi perhiasan di rak haha

5) 'Track' Bacaan Kita


Salah satu cara yang aku mula buat sejak tahun ni adalah dengan muat turun beberapa aplikasi yang boleh 'track' bacaan kita. Ada banyak 'book tracker' yang ada kat Play Store/App Store tu. Yang aku guna sekarang Bookly dan Turn. Kedua-duanya best. Cuma kalau nak lagi best, kena bayar sikit la. Korang boleh juga set masa dekat apps tersebut dan bila tiba masa tu, apps tersebut akan keluarkan notifikasi. 

Cara ni bagi aku berkesan sebab apabila habis satu buku, aku jadi tak sabar nak tambah buku lain dalam list. Dan dengan adanya tracker ni, tujuan bacaan aku lagi jelas. Kalau korang jenis yang lebih suka menulis, boleh juga wujudkan sebuah buku khas untuk menulis semua buku yang telah terbaca.

Setakat ini sahaja tips yang aku dapat kongsikan. Aku pun pemula, jadi aku faham betapa susahnya untuk pemula ini mengekalkan prestasi dan konsistensi untuk membaca. Moga ada manfaat dari post ini. Cuba kongsi korang punya cara untuk kekal aktif dalam membaca :D

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Cabaran Anak Terlebih Berat Badan
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Nafkah Anak: Tanggungjawab Yang Tidak Pernah Terputus
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates