Cuba Aiskrim Kitkat Gold

by - Wednesday, March 24, 2021

 Assalamualaikum,


Setelah sekian lama mencari aiskrim baru dari Kitkat ni, baru-baru ni dah jumpa. Aiskrim Kitkat Gold. 

Aku suka aiskrim Kitkat yang biasa tu. Sebab tu bila aiskrim ni keluar, teringin nak cuba. Pergi merata 7Eleven tak jumpa. Akhirnya, kat Speedmart 99 jugak jumpa. Dari segi fizikal aiskrim tu, aku rasa sama saja dengan yang biasa (coklat) tu. Cuma berbeza warna ja.

Kepingan coklat putih kat luar tu yang membuat aiskrim ni bertambah sedap. Tapi, terlalu manis bagi aku. Nak makan sekali sekala tu boleh la. Boleh ja nak repeat, sebab sedap je cuma manis sangat la. 

Harga RM4.20 sahaja. Sama la dengan harga Aiskrim Kitkat biasa tu. Kalau aiskrim kitkat kon tu RM2.90. Yang tu pun sedap jugak. 


Nah Maklumat Pemakanan hehe. Kot la untuk yang nak diet dan tengah kira kalori tu. Aiskrim ni mengandungi 260kcal / 1092 kJ. Haa lepas makan ni kena lari seround hahaha


You May Also Like

2 comments

  1. Tak pernah cuba lagi yang ni. Pernah cuba aiskrim Kit Kat yang biasa tu.

    ReplyDelete
  2. Dah pernah cuba. Manis jugaklah aiskrim ni tapi sedapppp huhuhu

    ReplyDelete