Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua tiga minggu ni tiba-tiba teringin nak makan pasta yang dalam kotak macam Pasta Panas tapi tak ada dekat Penang ni. Kebetulan keluar dekat fyp Tiktok, ada satu kedai yang jual pasta macam yang aku teringin tu. Lokasi kedainya tak jauh dah dengan rumah aku. Lepas balik kerja hari Jumaat lepas, terus pergi cari Pasta Port. 


Disebabkan aku pergi seorang dan waktu pun dah masuk Maghrib, aku ambil keputusan untuk 'take-away' saja. Ketika sampai ke kedai tersebut, pelanggan yang makan 'dine-in' pun tak ramai sangat. Mungkin bukan waktu puncak la kot. Tetapi abang Grabfood ramai jugak. Maksudnya, ramai lah yang order melalui Grab. 


Aku cuma pesan dua jenis pasta sahaja. Bolonara dan Aglio Olio. 

BOLONARA

Bolonara ni adalah gabungan bolognese dan carbonara. Unik. Setakat ni aku tak pernah makan lagi pasta yang ada dua gabungan ni. First impression aku, peh berat betul pasta ni. Kotaknya kecik comel ja tapi berat. Memang berkrim lemak semua sedap. Suapan pertama dah puas hati. Cumanya sebabkan aku bukan penggemar carbonara, bagi aku agak muak sikit bila dah banyak kali suap. *tapi habis jugak semua aku makan sorang*

AGLIO OLIO

Yang kedua, Aglio Olio. Aglio Olio ni memang sedap betul. Agak berminyak tapi rasa semua cukup. Tak muak, tak masin sangat, tak pedas sangat. Cuma isi ayam/daging tu je macam tak banyak sangat. Makan pasta kan, memang pasta jelah yang banyak. Untuk semua menu yang ada kat situ, boleh pilih isinya sama ada ayam, daging atau seafood. Makanan yang aku pesan ni aku pilih ayam dan daging. Next time nak try seafood pulak. 


Dari segi tempoh masa makanan siap pun tak la lama mana. Pelanggan yang ada semasa aku kat kedai tu, memang aku seorang saja dan beberapa abang Grab. Aku kena tunggu kurang dari 10 minit je dan Pasta aku dah pun siap. Bagi yang nak dine-in di kedai tersebut, ada juga disediakan set yang didatangi dengan air. Tak silap aku, air yang ada cuma macam air kotak/air tin sahaja. 


Dari segi harga, untuk sekotak pasta tu dalam RM12-RM14. Ini yang aku beli lah. Kalau menu lain, aku tak pasti sebab aku pun tak sempat nak belek semua menu. Tak sabar nak cuba rasa yang lain pulak. Memang akan direpeat! Confirm. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Instagram: https://www.instagram.com/pasta.port/?hl=en

Website: https://pastaport.com.my/

Address: 76, Lorong Perda Selatan 1, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Phone: 017-600 2439

Waktu Operasi: Setiap Hari (11:30am - 10:00pm)

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 


Rasanya dah lama dengar kewujudan aplikasi Happy Fresh ni, cuma belum berkesempatan nak guna sebab takut kalau lagi mahal sebab ada caj penghantaran dan servis. Tetapi, sangkaan aku disangkal begitu saja sebab beli melalui apps ni sebab lagi berbaloi-baloi berbanding beli di kedai. 


Untuk pembelian pertama, korang akan dapat voucher diskaun sebanyak RM30 dengan pembelian minimum RM60 (promo ini mungkin berubah dari semasa ke semasa, tapi untuk pembelian pertama memang confirm ada promo diskaun, jangan risau!)

Rajin tengok dekat bahagian Deals tu sebab selalu ada promo


Jadinya, aku pun beli la barang dari Lotus’s sebab dekat sini banyak keperluan yang boleh didapati. Dari barang kering hingga barang basah. Cuma sebab paranoid risau kalau barang basah yang dipilih oleh Shopper tu tak kena dengan jiwa mak aku, aku pun pilih semua barang kering sahaja dan dua biji avocado sebab murah. 


Barang yang ditunjukkan dalam apps adakala tak sama dengan harga yang dijual di kedai fizikal tersebut. Jadinya, kalau dah scroll kat apps dan nak beli kat Lotus’s, boleh jadi lebih mahal atau lebih murah. Contoh barang yang aku beli iaitu avocado, dalam apps sebiji cuma rm2.90, tapi dekat plastik timbang tu ditulis sebijik rm3.40. Dah beza rm0.50 kat situ. 

Barang Groceries Yang Sempat dibeli

Seperti gambar, aku beli Sabun TOP 3.8kg, berus gigi 3 batang, sabun Sunlight, Softlan, Febreze, Mi Sedaap, Pocky, Yogurt dan Avocado. Secara keseluruhan harganya RM61.98 tak termasuk plastik dan caj delivery. Tambah tolak semua jadi lah RM37.70 sahaja. Pilihan bayaran pun banyak. Aku pilih bayar melalui QR Pay, cuma scan sahaja di telefon rider selepas rider sampai.


Secara peribadinya, aku sangat puas hati dengan segala servis yang diberi oleh Shopper, Rider malah apps yang digunakan. Shopper akan contact tau kalau barang yang kita pilih tu tiada stok di kedai. Boleh pilih sama ada ambil pilihan lain yang sama harga dan jenama ataupun buang barang tersebut dalam troli belian kita. Jadi, harga yang ditunjukkan pada checkout pertama tersebut belum muktamad lagi, boleh jadi berkurang jikalau barang tersebut tiada stok.

Ini contoh barang yang takde stok dan ditukar oleh Shopper selepas confirm dengan kita

Akan diulang walaupun sudah tiada promo diskaun RM30 untuk pembelian pertama? Ya, pasti sebab walaupun untuk pengguna sedia ada juga banyak promo diskaun yang tersedia. Cuma kena rajin buka la apps tersebut. Kena peka kalau ada apa-apa diskaun hehe. 

Jangan lupa rate shopper dan rider!


Akhir kata, korang yang tak pernah guna apps ni boleh la tekan link ni > SIGN UP HAPPY FRESH  dan terus install. Jangan risau, bukan Lotus’s sahaja yang ada, banyak lagi pilihan kedai yang terdapat di situ. 

Jom berbelanja dengan bijak. Selagi ada promo, selagi tu kita gunakan dengan sebaiknya. Inflasi itu benar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Ramai yang sudah menyedari tentang perkembangan yang dilalui oleh landskap e-dagang tempatan sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang mengambil bahagian sebagai penjual Shopee Marketplace telah meningkat 7.5 kali ganda sejak bulan Januari 2020 hingga bulan Mac 2022.

Sementara itu, semakin ramai pembeli Malaysia membeli barangan di dalam talian untuk produk yang biasanya dibeli di kedai fizikal. Ini termasuk, antara lain, alat ganti dan aksesori kereta dan motosikal.

Jadi, apakah sebenarnya produk-produk yang banyak dibeli di dalam talian oleh peminat kereta dan motosikal?

Berikut merupakan antara barangan terlaris dari Januari 2022 hingga April 2022 di Auto Mall, sebuah pusat sehenti di Shopee untuk produk, pengetahuan, tawaran dan banyak lagi bertemakan automotif.


Pemegang kotak tisu untuk kereta - Jualan direkodkan meningkat lebih 3 kali ganda pada bulan April 2022 berbanding semasa Auto Mall diperkenalkan pada bulan November 2021

Tumpahan air di tempat duduk atau sisa serbuk roti pada tikar kereta kadangkala boleh berlaku jika anda tidak terlalu berhati-hati. Maka tidak hairanlah jika kotak tisu adalah sesuatu yang biasanya terdapat di dalam kereta kita.

Untuk kemudahan, ramai pemandu telah membeli pemegang kotak tisu untuk kereta di Shopee. Pemegang ini menjadikan bahagian dalam kereta kelihatan lebih kemas dan teratur. Lebih 79,000 unit produk ini telah dijual di Auto Mall dari bulan Januari 2022 hingga April 2022.

Minyak enjin - Lebih 69,000 unit dijual di Auto Mall dari bulan Januari 2022 hingga April 2022

Antara bahagian penting dalam memastikan enjin berjalan pada prestasi lancar ialah minyak enjin berkualiti tinggi yang mempunyai kuasa pembersihan yang baik. Para penunggang dan pemandu kini beralih kepada Shopee untuk mendapatkan keperluan perlindungan enjin mereka, dengan pelbagai jenama dan jenis minyak enjin ditawarkan di platform tersebut.


Bateri - Lebih 26,000 unit bateri telah dijual di Auto Mall dari bulan Januari hingga April tahun ini

Ia merupakan sesuatu peristiwa yang agak mengecewakan apabila kita gagal menghidupkan kereta atau motosikal akibat kehabisan kuasa bateri ketika sedang bergegas ke tempat kerja. Justeru, para pengguna Shopee berusaha untuk tidak terperangkap dalam situasi ini dengan membeli bateri premium yang tahan lama di platform tersebut.

Tayar motosikal - Lebih 19,000 unit tayar motosikal dijual di Auto Mall dari bulan Januari hingga April tahun ini

Barang yang agak berat seperti tayar biasanya dibeli di kedai tayar fizikal. Bagaimanapun, peningkatan populariti e-dagang telah mengubah pilihan pengguna, menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menikmati kemudahan membeli tayar motosikal secara dalam talian.

Maxxis dan Corsa merupakan contoh jenama-jenama popular, dengan wax silikon juga banyak dibeli oleh mereka yang berminat untuk memastikan tayar dan rim sentiasa berkilat di atas jalan.

Motosikal - Jualan yang direkodkan meningkat lebih dua kali ganda pada bulan April 2022 berbanding November 2021

Selain alat ganti dan aksesori, pembelian motosikal juga amat popular. Motosikal sememangnya berguna untuk melakukan perjalanan yang berdekatan dan melalui jalan-jalan bandar yang sempit. Lebih 900 unit motosikal telah dijual di Auto Mall dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2022.

Jenama motosikal popular di Shopee termasuk Yamaha, Modenas, Honda dan Vespa. Para pengguna mempunyai pilihan untuk membeli motosikal secara tunai atau dengan membayar yuran tempahan, kemudian membayar baki jumlah melalui pinjaman.


Di Auto Mall, selain produk-produk daripada jenama kereta dan motosikal yang dipercayai serta tawaran dan baucar eksklusif, pengguna Shopee turut boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti petua tentang penjagaan tayar, harga minyak terkini dan artikel blog mengenai topik automotif.

Mengulas tentang bagaimana Auto Mall telah memacu perniagaan mereka, BateriHub menyatakan, “Sebelum ini, kami lebih tertumpu kepada kedai luar talian sebelum penularan Covid-19. Apabila kami memulakan perniagaan di Shopee pada akhir tahun 2020, kami telah mencapai jualan bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh setahun. Baru-baru ini, selepas menyertai Auto Mall, pendedahan kami bertambah baik. Bilangan pengunjung ke kedai dalam talian kami telah meningkat sebanyak 25 peratus dalam sebulan. Dengan Auto Mall, kami dapat menampilkan produk kami kepada kumpulan pembeli yang lebih khusus yang berkongsi minat yang sama dalam barangan automotif."

Guan Hoe Penang, yang mengendalikan Kedai Rasmi Yamaha di Shopee, dapat mempelbagaikan saluran perniagaan mereka melalui platform tersebut. “Pada tahun pertama, kami berjaya mencecah jualan melebihi RM500,000, dengan menjual motosikal, minyak motor, alat ganti dan peralatan menunggang. Sejak awal tahun 2022, kami menyertai Auto Mall yang telah membantu meningkatkan jualan bulanan kami sebanyak 30 peratus. Selain membantu kami mencapai trafik pengunjung yang lebih tinggi, Auto Mall turut membolehkan kami mempunyai sebuah laman khusus untuk mempamerkan tawaran terbaik kami,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/automall 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Drama: Happiness

Hangul: 해피니스

Pengarah: Ahn Gil-Ho

Network: tvN, TVING, Netflix, iQiyi

Jumlah Episod: 12

Tarikh Tayangan: 5 November - 11 December 2021

Genre: Thriller

Barisan Pelakon: Han Hyo-Joo, Park Hyung-sik, Jo Woo-jin.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan wabak 'Mad Human Diseases' yang berlaku di Korea Selatan. Wabak ini seakan-akan zombie, namun masih dapat dikawal dan dibendung oleh pesakit itu sendiri. Watak utama dalam drama ini merupakan Sae-Bom (Han Hyo-joo) dan Yi-hyun (Park Hyung-sik). Mereka berdua merupakan anggota polis tetapi berbeza pangkat dan tempat kerja. Sae-bom lebih kepada skuad polis  khas di SOU (Special Operation Unit) manakala Yi-hyun pula detektif di balai polis. 

Mereka berdua menjadi saksi kejadian pertama yang baru saja muncul. Sae-bom menjumpai kes pertama di tempat latihan kerjanya iaitu juniornya sendiri yang tiba-tiba berubah menjadi zombi dan menerkam manusia. Yihyun pula menjumpai kes pertama apabila mendapat laporan berkenaan satu kes pembunuhan pemilik motel oleh pelanggannya. Ketika Sae-bom menghentikan juniornya, dia juga dicakar di tangannya lalu terus dikuarantin. Di pusat kuarantin tersebut, Sae-bom diperiksa dari segala jenis ujian darah dan mereka mengesahkan Sae-bom tidak dijangkiti oleh wabak tersebut. 


Bagi mendapatkan kediaman percuma, Sae-bom terpaksa mengajak Yi-hyun, yang juga merupakan rakan baik sejak zaman sekolah untuk berpura-pura berkahwin dan berpindah ke rumah apartment baharu. Di perumahan tersebut, terdapat juga kes yang dikesan dan ia merupakan jiran rumah atas mereka. Lalu, kerajaan mereka mengarahkan seluruh kawasan apartment tersebut untuk dikuarantin dan diletak penghadang yang menghalang sebarang aktiviti keluar masuk berlaku. 



Setelah dikaji, kawasan perumahan tersebut merupakan salah satu punca kes berleluasa iaitu berpunca dari sebuah ubat/dadah yang bernama "NEXT". Dadah tersebut asalnya untuk merawat penyakit 'pneumonia' tetapi tidak berkesan lalu mereka menyebarkan secara haram dengan tujuan mampu menambah stamina dan kekal bertenaga. 


Apabila perintah kuarantin dilaksanakan, pada hari kedua dan seterusnya, semakin ramai manusia normal yang berubah menjadi 'zombi'. Sejak itu, bermula pelbagai konflik dalam menangani krisis. Konflik dalaman dan luaran. Pengkhianatan juga kerap berlaku sehingga daripada ramai manusia yang normal menjadi semakin berkurangan dalam kawasan tersebut. Krisis dari pihak kerajaan apabila memotong bekalan tenaga elektrik dan air sehingga menyebabkan hubungan di dalam perumahan tersebut terputus terus dengan dunia luar. 

Nak tahu krisis yang serba-serbi menyakitkan hati tu, silalah tonton drama ini ya hahaha. Boleh tonton dekat Netflix atau iQiyi!

Pendapat Peribadi

Bagi aku, perkembangan cerita yang agak menarik! Permulaan drama memang best sangat sehinggalah plot yang sama berulang-ulang. Penduduk masing-masing  buat perangai 'selfish' yang sama sehingga satu-satu isu yang kecil boleh diperbesarkan. Dan yang paling aku tak puas hati, kenapa doktor dan 'ketua' bangunan yang 'selfish' tu tak mati? Haha. 


Selain tu, 'ending' dia macam tergesa-gesa. Tiba-tiba dah setahun kemudian. Yi-hyun yang tengah nazak nak mati pun tiba-tiba sihat elok ja setahun kemudian. Proses menghasilkan antibodi/vaksin tu macam tak diceritakan pun. Tiba-tiba kehidupan jadi normal balik. Itu la yang bagi aku rasa macam kurang perasa sedikit. Secara keseluruhannya yang mendorong aku habiskan drama ni dalam masa dua hari cuti adalah lakonan mantap dari hero dan heroin. Gandingan yang mantap!

Recommended. 8/10.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Korang tahu tak Tiktok pun sekarang dah jadi medium jual beli? Ye, aplikasi Tiktok tu! Bukan nama kedai dekat Shopee ke apa. Tapi memang beli melalui Tiktok je. Aku pun baru tahu, dan aku pun tak pasti bila bermulanya kewujudan Tiktok Shop ni.

Kisahnya 25 Mac haritu kan ada Payday Sale, aku scroll la Shopee dan ada berkenan nak beli mini vacuum yang orang guna dalam kereta tu. Dan tengok harga normal dekat Shopee kebanyakannya RM30 lebih. Jadinya aku pun lanjutkan jelah hasrat nak beli vacuum tu.

Tekan "View Links (2)" tu untuk pergi ke page barang jualan tu.

Tiba-tiba, tengah scroll Tiktok seperti biasa, ada satu post dekat fyp orang promote jual vacuum yang tu jugak. Macam rezeki la. Lepas scroll komen baru perasan rupanya ada macam link produk tu. Kedudukan link produk tu sama macam kedudukan filter apa semua tu (macam dalam gambar di atas).

Video yang fyp haritu aku tak jumpa link dia :( Tapi link produk tu aku jumpa dan dah letak kat bawah !

Aku pun tekan la. Rezeki betul vacuum yang aku nak tu harganya RM26 je sekali dengan penghantaran. Rupanya ada kupon diskaun RM12 (kalau tak silap untuk pembelian pertama) dan ada free shipping. Aku pun terus isi details dan buat pembayaran guna Maybank2u. Cepat betul tiba-tiba dah selesai urusan pembelian. 


Sehari selepas tu barangnya dah pun di'ship'kan. Status barang pun sama macam dekat Shopee. Akan diupdate dekat notifications. InsyaAllah selamat :D



Alhamdulillah, barang sampai ke tangan aku dalam masa 3-4 hari sahaja menggunakan perkhidmatan J&T kurier. Kotak ada kemek-kemek sikit tapi barangnya okay sangat! Dah guna dalam 2 minggu. Dapat la sedut habuk-habuk kecil-kecil.

Untuk pembelian mini vacuum dekat tiktok boleh klik link ni > Mini Vacuum Tiktok

Kalau nak cari dekat Shopee yang seakan-akan vacuum ni, klik sini > Mini Vacuum Shopee

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Cara Basuh Tuala Yang Betul
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Memindahkan anak pokok pauh ke rumah adik
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates